Thursday, May 1, 2008

Aku..............Ehe, Bapa percintaan

Sejak dah kawen nie, aku jarang jumpa Wan. Dah ader anak 2 pun Wan nie. Dulu, masa belajar dulu, aku jadik tempat rujuk permasalahan cintanya. Kes awek merajuk, aweknya ngada2 wat perangai itu dan ini, nak beli present yg sesuai utk awek, alasan tak nak kluar ngan awek, nak pujuk awek smuanya aku jadi penasihat. Walaupun aku sndri lom sangkut ngan maner2 aweks2 time tu, Wan sering tanya aku pasal soal pompuan.

Aku?.. Cheh..aku sebenarnya x tau aper pun pasal pompuan nie. Tapi sbb simpati pada Wan yg asyik dok tanya jer, maka seringlah aku berlagak laksana sang pujangga dalam menasihati Wan. Dia segan nak tanya kat org lain, dia cuma berani minta pendapat aku jer mungkin kerana aku tak gelakkan dia yg cuba nak jadi mat bunga dikalangan persatuan mat2 rempit.

Pelik gak.. kengkadang tu, dia boleh lak percaya bulat2 kata aku, budak buntal berseluar jeans lusuh nie. Tapi, walaupun banyak antara nasihat ciptaan tu aku 'goreng' jer, aku kaji gak keberkesanan dan kebolehpakaiannya. Itupun berdasarkan kewarasan dan kecerdikan akal fikiran aku ketika itu.

Dan biler idea2 aku nie berjaya, Wan akan belanja aku. Part nie paling best. Katanya, akulah Bapa Percintaan yg terhebat. Hehhe.. Err. Wan, bini hang x baca blog aku kan. Dia tak tau kan surat2 puitis pada dia dulu karya cipta aku. Perggh..ayat budak perdagangan tu. Ngko penah tanya mungkin aweks merangkap bini ko skrg terpikat pada ngko hanya kerana tulisan itu.. Aku yakin tidak. Dia menerima kau kerana diri ko sebagaimana ko terima dia. Aku tahu dia memang sayangkan kamu.

Hari ini, aku mampu tersenyum mengenangkan kebahgiaan kamu berdua. Seketika aku terfikir. Betapa mudah untuk bercakap dan mengajar org melakukannya tapi sukar untuk diri sendiri melaksanakannya. Tp hari ini aku pun seperti ngko juga. Menggunakan apa yg telah aku ajar pd kau dan hasilnya.......................ehe, wassalam.

0 comments: