Wednesday, May 14, 2008

Cerpen 1st Pre-Hibernate mode

Penulis - guild_hunterz
Pelajar kedoktoran di Kasr El-Aini Medical School, Cairo University.

Daun pokok bertiup sepoi-sepoi bahasa. Angin yang nyaman menyapa tubuhku ini. Matahari juga tidak begitu cerah. Sesungguhnya aku sangat merindui salji di Istanbul. Indah sungguh alam ciptaan Ilahi. Tetapi realiti harus diterima. Aku sekarang berada di Mesir. Di Afrika.

Aku melangkah masuk ke dalam bilikku. Ku pasang suis lampu dan kipas. Nombor 1. Kipas di Mesir ini, nombor 1 adalah yang paling laju. Mengapa demikian? Janganlah bertanya lebih-lebih. Tiada siapa yang tahu mengapa.

Buku Neuroanatomy, Biochemistry dan Psychology aku letakkan di atas meja belajarku. Kemudian, aku keluarkan segala isi kandungan poketku. Kunci rumah, dompet, telefon bimbit, highlighter, pensel, dan pemadam. "Banyak juga kandungan poketku ini," getus hatiku.

Dengan serta-merta, aku terus merebahkan badan ku ini di atas katil. Hari ini terasa sangat panas. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Kepala ku terasa pening. Aku melihat siling. Banyak perkara yang sedang berlegar di kepala ini.

"Haih, terlupa pula nak tonton berita utama. Penat je stream dari pagi tadi kalau tak tengok."

Aku pun bingkas bangun dari katilku. Laptop DELLku yang sudah usang ini dibuka. Password dimasukkan.

Tiada berita yang menarik perhatianku hari ini. Berita hanya banyak berkisar tentang Badan Pencegah Rasuah. Katanya, hendak dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegah Rasuah. Bagiku, yang penting adalah rasuah itu berjaya dibendung sepenuhnya. Aku tidak menganggap ini perkara mudah. Namun jika semua pihak mempunyai kesedaran, berkemungkinan besar gejala ini dapat dibendung.

"Berita sukan. Safuan telah berjaya memenangi pertandingan boling padang. Beliau kini bergelar juara dunia."

Apa yang menarik tentang berita ini adalah kerana namanya Safuan. Bukan apa, teringat pula kepada seorang sahabatku di bumi anbia' ini. Bumi yang penuh dengan cabaran. Sama ada ingin memilih jalan Nabi Musa a.s. atau jalan Firaun.

0 comments: