Thursday, May 29, 2008

Daging Kambing


Hari tue aku dan mama melawat jiran kami (Abg Mahmud) kat hospital. Sebenarnya dah lama dia masuk hosptal disebabkan saluran jantungnya tersumbat. Cuma baru hari nie diberitahu oleh anaknya si Khairin.

Sesampai je aku dan mama kat dlm wad (hanya boleh dilawati 2 org tetamu je sekali lawat) Abg Mahmud ngah duduk atas katil dlm keadaan mengah (mungkin jantungnya masih belum baik lg).

Bila melihat kami dtg, ceria sikit di wajahnya. Sambil berborak, timbul juga penyesalan dihati Abg Mahmud kerana terlalu mengikut nafsu selera makan kawan2 semasjid. Setiap kali bila habis je segala aktiviti di masjid, kawan2 nya terutama sekali Imam Rashid akan mengajaknya pergi mengeteh dan membelasah makan daging kambing.

Kalau ikutkan selera Imam Rashid, sekilo daging kambing tu sekali mengadap je boleh habis. Hissss.....geleng kepala Abg Mahmud bila mengingatkan kembali aktiviti mengeteh mereka.

Tapi kiranya Abg Mahmud nie bernasib baik juga kerana terdapatnya pusat jantung di JB nie. Buatlah kalau ketika sakit, dianya berada di Pahang atau tempat lain, tentu mudarat jadinya. Sebab hanya ada tiga je pusat jantung di Malaysia nie iaitu JB, IJN di KL dan di Penang.

Bagi Imam Rashid bila kawan baiknya dah jd begini, dia dah mula mengelabah. Ehe........... dah mula risik2 nak pergi check. Takut terkena sama.

Keluar dr bangunan hospital tue, aku mula terfikir. Dlm umur seusia sebegini, aku pun suka juga makan daging kambing nie. Alamak........ kena jaga2 juga nie.

0 comments: