Thursday, May 29, 2008

Hati-Hati Dengan Spirulina Yang Menggunakan Najis Khinzir Sebagai Baja

Artikel dan bahan dr mryakub.wordpress.com

Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR. Pelbagai Kajian oleh ramai saintis mengenai spirulina luar negara boleh anda ketahui dengan cara menggunakan Search Engine ( TAIP PERKATAAN ) “Spirulina Pig Waste”.

Walaupun makanan tersebut nampak ‘halal’, tetapi belum tentu proses penghasilannya betul-betul mengikut syariah dan selamat dari unsur-unsur haram.

“Bagi orang Islam, mereka harus memastikan spirulina yang dimakan bersih, suci dan HALAL. Bebas dari proses pembuatan yang melibatkan unsur-unsur haram seperti baja najis babi atau haiwan yang tidak disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)”

halal atau tidak?

1006101855.jpg

Masih ramai yang masih tidak tahu tentang kehalalan dan kesucian spirulina. Percaya atau tidak bahawa spirulina di negara-negara barat bahkan tidak jauh dari negara kita iaitu Thailand di tanam di dalam kolam najis babi. (Sekali lagi jika anda tidak percaya taip dalam mana-mana search engine “spirulina pig waste” dan anda akan menemui jawapan mengenainya).

spirul6.jpg

Asalnya spirulina adalah alga yang ditanam di dalam air laut. Namun peringkat kajian saintis barat, mereka menanam spirulina di dalam kolam najis babi untuk merawat sisa kumbahan air najis babi. Selepas itu mereka mendapati nutrien di dalam spirulina semakin bertambah jika diternak di dalam air najis babi. Memang mereka mendakwa bahawa ia mampu merawat sisa najis dan spirulina itu boleh dijadikan makanan babi.

rujuk http://www.grad.cmu.ac.th/abstract/2000/sci/abstract/sci05012.html

Bila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, HALAL dan Haram. Lawan HALAL adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam al-Qu’ran.

Kita sering dihebohkan dengan khasiat spirulina sehingga membuatkan kita terpengaruh untuk membelinya. Tapi, pernah kita sendiri menyelidik adakah spirulina yang dijual itu HALAL? Adakah proses penternakannya bebas dari najis babi atau binatang yang haram? Adakah ia produk yang dihasilkan oleh orang Islam? Akhirnya kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan.

RESAH!, GELISAH!, TERCABAR!…

Janganlah mudah terpedaya dengan spirulina yang dijual di pasaran tanpa menyelidik dulu soal halal atau haram. Makanan adalah persoalan yang berat! Ingatlah, apa yang kita makan akan membentuk darah daging yang terdapat di dalam badan kita. CARILAH YANG HALAL!

0 comments: