Tuesday, May 20, 2008

Klik Gambar

Sebagai rakyat Malaysia, tentu sekali aku dan mungkin sebilangan yg lain merasakan terkeliru dengan kejutan yg telah dibuat oleh Mahathir.

Setahu aku, sebelum beliau berundur dari jawatannya, beliaulah yg mencalonkan Pak Lah utk menggantikannya memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tp mengapa sekarang mahu menjatuhkannya pula? Adakah Pak Lah tidak mengikut telunjuk Mahathir sehinggakan sanggup utk menjatuhkannya.

Yang pasti, kepimpinan Melayu sekarang amat berbeza dengan kepimpinan dahulu di mana Melayu dahulu berjuang kerana ingin memajukan Melayu yg mundur. Kebanyakan pemimpin dahulu dtgnya dr golongan para pendidik. Tp yg pasti sekarang...................... tentu kite boleh lihat dan nilaikan pemimpin sekarang.

Sebagai rakyat Malaysia, aku mahukan keharmonian yg sekian lama aku kecapi diwarisi oleh anak dan anak kepada anak ku kemudian hari nnt. Ketepikan segala perbalahan antara Melayu dan berjuang kembali kepada niat yg asal.

0 comments: