Saturday, May 31, 2008

Melancong Dan Mencari Restoran Halal


Musim cuti sekolah masih ada lagi dan mungkin ramai yang mengambil kesempatan untuk pergi jalan-jalan keluar negara secara 'bersendirian'.

Jika kita melancung seorang diri lebih menjimatkan jika kita gunakan 'Travel Agency'. Ini kerana
semua urusan makan-minum, tempat tidur dan pengangkutan disediakan oleh syarikat berkenaan.

Namun jika anda bergerak secara bekeluarga maksud saya bersama anak-anak rasanya lebih jimat jika kita pergi dengan urusan sendiri tanpa melalui syarikat Travel Agency. Malah kita juga tidak perlu 'rushing' dengan program-program yang diatur oleh Travel Agent yang kadang-kadang amat ketat hingga nak rehat pun tak cukup masa.

Bagi anda yang nak berjalan sendiri keluar negeri, berikut saya berikan beberapa tips untuk rujukan anda:

1. Beli tiket penerbangan sendiri. Sekarang semuanya online. Jika nak jimat gunakan 'tambang murah' jika sekadar rantau Asia, Australia dan N.Zealand. Maksudnya anda boleh gunakan Airasia, Tiger Airways dan Jetstar Airways. Jika siapa nak berlagak lebih naiklah MAS(mana ada sistem).

2. Tempat penginapan atau hotel. Jika anda merancang betul-betul anda boleh tempah secara 'online prepaid' melalui www.hotels.com atau www.asiatravelmart.com . Lebih terjamin dan bila sampai didestinasi anda perlu berikan nombor tempahan(booking nombor) dan boleh masuk bilik terus tidur terlentang jer tak payah nak fikir apa-apa lagi. Tetapi biasanya pihak hotel berkenaan akan ambil juga sedikit deposit, ini cuma cagaran sahaja.

3. Makanan Halal disetengah tempat memang sukar untuk kita jumpa. Jadi sebagai panduan anda boleh mencari 'Halal Restaurants' diluar negeri melalui www.zabihah.com . Jadi saya nasihatkan jika anda pergi secara bersendirian anda kenal pasti dulu dimana restaurant halal. Kemudian cuba cari hotel yang berdekatan dengan restaurant tersebut. Caranya berpandukan alamat(address) yang terdapat pada nama restaurant berkenaan. Jadi anda jimat lagi kerana tak perlu menggunakan pengangkutan untuk setiap kali nak 'makan nasik'?

4. Akhir sekali jika anda berada diluar negara, pastikan anda tahu dimana terletaknya Kedutaan Malaysia(Malaysia Embassy). Ia penting sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas diri anda. Maka kedutaan kitalah yang menjadi tempat untuk kita mengadu masalah yang kita hadapi. Jangan minta sedekah kat dia orang pulak.

5. Akhir sekali bawalah kompas kecil untuk memastikan arah kiblat. Sembahyang jangan tinggal pulak.

Selamat melancong .

0 comments: