Sunday, June 1, 2008

Awas Penjual Telefon Bimbit Palsu


SITI MUNIRAH menunjukkan perbezaan telefon bimbit yang dibelinya (kanan) dengan yang tulen.


KAJANG - Berhati-hati jika anda tiba-tiba disapa seorang lelaki yang ingin menjual telefon bimbit dengan harga murah kerana anda mungkin tertipu.

Itulah nasihat seorang peniaga makanan, Siti Munirah Mohd., 35, di sini yang mendakwa kerugian RM250 apabila membeli telefon bimbit palsu jenis Nokia N95 semalam.

Menurutnya, pada kejadian pukul 9.30 pagi itu, dia berada di sebuah pasar raya selepas membeli barang keperluan untuk berniaga.

"Pada mulanya saya tidak berniat untuk membeli telefon tersebut pada mulanya tetapi apabila secara tiba-tiba lelaki berkenaan mengatakan dia terdesak untuk mendapatkan wang dan menjualnya pada harga RM600.

"Kemudian saya kata kepada lelaki berkenaan yang saya tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk membeli telefon dan dia bersedia mengurangkan harga mengikut kemampuan saya," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Namun setelah melihat keadaan lelaki tersebut, dia akhirnya mengalah dan membeli dengan harga RM250 dengan niat untuk membantunya.

Sebelum itu, Siti Munirah berkata, lelaki berbangsa Cina berusia 40-an itu yang bertutur dalam bahasa Inggeris menunjukkan kepadanya fungsi dan kelebihan telefon bimbit berkenaan menyebabkannya beliau percaya ia adalah telefon tulen.

0 comments: