Friday, June 13, 2008

Gempa bumi gegar utara Jepun, tiga maut

Terkini dr utusan

14/06/2008 2:29pm

TOKYO 14 Jun – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter menggegarkan utara Jepun hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang penduduk serta mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira pukul 8.43 pagi waktu tempatan di wilayah Iwate, iaitu kira-kira 500 kilometer ke utara Tokyo.

Gegaran turut dirasai di sini, menyebabkan banyak bangunan di bandar-bandar di bahagian utara Jepun bergegar.

Gempa bumi itu menyebabkan pihak berkuasa menghentikan serta-merta perkhidmatan kereta api laju ke bahagian utara sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut Agensi Meteorologi, gempa bumi itu berpusat 10 kilometer ke dalam tanah.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Lebih 40 gegaran susulan dilaporkan berlaku termasuk satu gegeran berukuran 5.6 pada skala Richter dalam tempoh beberapa jam kemudian..

Ketua Setiausaha Kabinet, Nobutaka Machimura berkata, dua orang terkorban dan lapan lagi cedera, seorang daripadanya parah dalam gempa itu.

Beliau berkata, gempa bumi itu juga menyebabkan bekalan elektrik ke lebih 29,000 buah rumah di kawasan terbabit telah dipotong.

Katanya, pihak berkuasa juga sedang memeriksa dua loji kuasa nuklear yang terdapat di wilayah itu, tetapi belum ada laporan kerosakan setakat ini.

Agensi Pengurusan Bencana berkata, sekurang-kurangnya 64 orang cedera, dua daripadanya parah, termasuk seorang pekerja di sebuah empangan yang dihempap batu.

Rakaman stesen penyiaran NHK dari udara turut menunjukkan berlaku beberapa kejadian tanah runtuh di kawasan pedalaman.

“Memandangkan gempa berlaku di kawasan pedalaman, kemungkinan berlaku tanah runtuh dan bangunan runtuh adalah tinggi terutama berhampiran pusat gempa,” kata seorang pegawai Agensi Meteorologi.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik Amerika Syarikat (AS) bimbang kemungkinan berlaku tsunami “yang boleh menyebabkan kemusnahan dalam lingkungan beratus-ratus kilometer dari pusat gempa.” – Agensi


0 comments: