Saturday, June 14, 2008

Gempar terjumpa tapak raksasa



TAPAK raksasa yang ditemui di Daro, Sarawak kelmarin. Penyodok di sebelah adalah sebagai perbandingan dengan saiz tapak itu.


SIBU – Penduduk sebuah kampung di Daro dekat Mukah di sini gempar dengan penemuan kesan satu tapak kaki didakwa milik raksasa berhampiran satu dusun pada Isnin lepas.

Akhbar The Borneo Post semalam memetik ahli perniagaan tempatan, Tan Soon Kuang, sebagai berkata, bahawa beliau melihat kesan tapak kaki itu yang berukuran 1.1 meter panjang dan setengah meter lebar.

“Ia begitu besar berbanding manusia biasa, saya melihat orang kampung menunjukkan pelbagai reaksi, ada yang takut dan sebaliknya,” katanya.

Beberapa penduduk kampung giat membersihkan laluan pejalan kaki yang menuju ke kawasan kesan tapak kaki itu kerana menjangka kawasan itu akan menjadi tumpuan pelawat hujung minggu ini.

Seorang kakitangan kerajaan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia juga pernah melihat kesan tapak kaki itu tetapi sukar untuk membuktikan kesahihannya kerana tiada kajian saintifik mengenainya.

Menurutnya, pada masa dahulu tempat itu pernah digunakan oleh individu tertentu sebagai tempat pertapaan atau untuk upacara keagamaan. – Bernama


0 comments: