Monday, June 30, 2008

Hukuman Mati Di China


Kalau lemah semangat..........jangan lihat, ya

Hukuman tidak dijalankan di dalam penjara kerana ia disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan bagi pesalah lain yang mendengar bunyi tembakan tersebut.

Pada hukuman bunuh pada bulan Disember 1995 (gambar yang saya bagi diatas), 13 pesalah (lelaki dan perempuan) yang disahkan bersalah membunuh dan melakukan rompakan jalan raya telah ditembak setelah mahkamah menolak rayuan mereka. Stesen televisyen China memaparkan 9 lelaki dan 4 perempuan berbaris di stadium sukan di hadapan lebih 10,000 orang awam sebelum dibawa ke tempat penghukuman di kawasan bukit berhampiran.




Gambar ini menunjukkan salah satu jenis hukuman bunuh iaitu tembak yang dikenakan kepada pesalah-pesalah di China. Hukuman ini dijalankan pada waktu pagi dan melibatkan 68 jenis jenayah antaranya membunuh, mengedar dadah, rogol, terlibat dalam sendiket pelacuran, mencuri secara tegar, mencuri & menyeludup khazanah negara, mengedarkan bahan lucah, sendiket wang palsu, pemalsuan dokumen perniagaan, rasuah, penyeludupan barang-barang larangan termasuklah penyeludupan beruang panda.

Semasa kempen "Strike hard" terhadap jenayah di China pada tahun 2001, Majlis Pengampunan Antarabangsa merekodkan 1,781 kes pengorbanan secara tembakan ini. Rekod ini adalah lebih tinggi berbanding jumlah keseluruhan kes seluruh dunia. China tidak menerbitkan statistik hukuman bunuh jenis ini kerana ia adalah rahsia negara. Hukuman ini akan serta merta dilaksanakan setelah hukuman dijatuhkan dan keluarga pesalah membayar kos peluru.

Tangan pesalah akan diikat ke belakang dan mereka akan melutut sebelum menerima 1 das tembakan pada jarak dekat di bahagian belakang kepada ataupun leher oleh tentera ataupun polis yang ditugaskan. Selain itu, para pelaksana hukuman boleh juga menembak pesalah pada bahagian jantung menggunakan senjata automatik.

Undang-undang China tidak menyatakan secara spesifik tempat hukuman dijalankan dan kebiasaannya dilakukan di dalam kawasan tentera dan juga kawasan bukit. Pesalah akan dibawa menaiki lori dari stadium sukan tempat mereka diumumkan bersalah.














Setelah penghukuman dilaksanakan, selalunya ginjal, jantung dan kornea akan diasingkan dari mayat dan diserahkan ke hospital tempatan sebagai transplan.
"Hukuman bunuh ini adalah satu pendidikan yang amat berkesan." kata pemimpin agung China, Deng Xiaoping.

Pada tahun 1997, China memulakan kajian suntikan membunuh dan akan digantikan juga dengan hukuman tembak dalam beberapa daerah serta melibatkan pesalah berbahaya.

0 comments: