Thursday, June 5, 2008

Ilmu Kilas Minyak

Petua dr kwn blogger


Saya nak beri 'Petua' kepada mereka yang terpaksa guna banyak liter minyak khasnya untuk ulang alik pergi bekerja.

Formula ini khusus untuk sesiapa yang menggunakan minyak sehingga 200 liter sebulan?
Dasar 'win-win' oleh sukj:

1. Beli kereta kancil 2hand atau kereta lebih lama. Jika kancil model 2002 seperti saya punya harganya sekarang tak lebih RM7K. Jadi anda beli 3 buah...baru lebih kurang RM20,000.

2. Selepas itu pandai-pandai lah nak jaga dan nak guna ikut giliran. Macam orang ada 3 bini la?

3. Rebet sebuah kereta dibawah 2000cc ialah RM625/tahun. Oleh itu jika 3 kereta, kita akan dapat RM1875 setahun.

4. Bagi yang masih tak faham dan 'benak hati', disini saya tunjuk sikit jalan kira mengira:
a. Sebelum - RM1.92 x 200 ltr = RM384 sebulan. Jadi setahun = RM4608
b. Sekarang - RM2.70 x 200 ltr = RM540 sebulan. Jadi setahun = RM6480
c. Rebet = RM625 x 3 = RM1875. Maka = RM4605 (La..lagi murah)

Kalau nak mudah lagi, anda beli kereta lama kuasa enjin kurang 2000cc asalkan ada geran. Pergi kat mana-mana 'used car' atau bengkel yang ada kereta lapuk minta beli. Saya ingat harga sebuah RM3ribu ke RM5ribu pun ada.

Bila semua dah pakat beli kereta lama dan murah untuk dapat 'rebet' lebih...tiba-tiba Pak Lah 'stop' pemberian rebet??..............memang DAJAL besar la kalau macam tu !!!!

0 comments: