Thursday, June 5, 2008

Kenaikan harga barangan keperluan dijangka menyusul






KUALA LUMPUR - Kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen menjadi RM2.70 seliter bermula tengah malam kelmarin pasti mengundang kenaikan harga barang.

Pakar Ekonomi Negara, Prof. Datuk Ismail Salleh, ia bakal memberi impak kepada kenaikan harga barang memandangkan minyak adalah input bagi semua jenis barangan.

"Satu lagi impak kepada kenaikan harga minyak ialah pada inflasi... tapi walaupun kenaikan harga minyak hampir mencapai 40 peratus, negara kita masih lagi merupakan antara negara terendah," katanya ketika dihubungi semalam.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani pula berpendapat, kenaikan setinggi itu tidak wajar kerana cukup membebankan.

"Kalau kerajaan nak naikkan sekitar 20 peratus saja, saya rasa itu lebih wajar kerana kita juga pengeluar minyak," katanya yang terkejut dengan kenaikan setinggi itu.

Mohd. Fauzi menambah, jika rakyat tidak berpuas hati, mereka perlu menyuarakan masalah menggunakan saluran yang betul, contohnya kepada persatuan-persatuan pengguna.

0 comments: