Monday, June 2, 2008

Layan....................

Sedutan dr............maner eekkkss

Fakta Ajaib!!
1.Tahukah anda apabila 350 ml air yg diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150 ml air suling dan dibiarkann terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak??

2.Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter.Ini kerana kajian telah dibuat,seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter,tanpa air sirap mungkin helikopter tu tak dapat disiapkan.


3.Sebuah kereta yang dipandu selaju 200 km/jam tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.


4.Tahukan anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 taun lampau,manejadikan bendera paling lama digunakan di dunia dan lebih lama dari penggunaan susu cap bendera.


5.Tahukah anda,magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik besi besi lain ke arahnya.Bagaimanapun orang yang diupah menarik kereta bukanlah megnet.


6.Tahukah cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu,ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu didak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor,sudah tentu ia tidak diekori lagi.

7.Tahukan anda seorang manusia normal tidak akan boleh menyentuh telinganya menggunakan siku.


8.Tahukan anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa silap atau sesap tanpa walaupun tanpa menggunakan kompas.Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamat yang tersendiri sebenarnya.


9.Tahukan anda bunyi perkataan lempeng dan tampeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya.Tapi,walaubagaimanapun orang yang kene tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


10.Tahukan anda,gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup.Tapi mengikut kajian ahli gunung,api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


11.Tahukah anda,orang yang tidak kisah langsung tentang wang ringgit,pangkat,kedudukan dan harta dunia ialah orang hutan.

12.Tahukah anda,ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan.Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja
oleh kawan kita.

0 comments: