Saturday, June 28, 2008

Permainan Online


Kepada para pembaca, jika anda punya masa lapang dan gemar bermain dengan permainan di dalam talian, saya ingin menyarankan permainan matematik untuk memantapkan minda. Permainan ini berbentuk teka-teki. Ada sembilan kotak disediakan manakala kotak paling tengah telah diberikan satu jawapan. kenyit


Anda cuma perlu mengisi nombor ke dalam setiap kotak yang disediakan untuk mendapatkan jumlah hasil tambah tiga nombor agar sama dengan jawapan yang telah diberi. Setiap nombor hanya boleh digunakan sekali sahaja. Ianya berbentuk melintang, menegak dan juga menyendeng. Ia juga didatangkan di dalam dua pilihan iaitu tahap mudah dan tahap sukar. Sila klik Teka-Teki Matematik ini untuk bermain peace

0 comments: