Wednesday, June 4, 2008

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini


FENOMENA SATU NEGARA... Kenderaan berbaris panjang untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam tadi selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api. Keadaan yang sama berlaku di seluruh negara.

04/06/2008 5:56pm

PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.

9.44 mlm - Ako nonton Channel News Asia salah satu saluran berita dr negara Singapura. Pemberita menemuramah rakyat Singapura yg sedang mengisi minyak kereta di salah satu stesen minyak berhampiran ngan kompleks imigresen di bandar Johor Bahru. Rata2 mereka mengatakan minyak di Malaysia masih lg murah dan mereka tidak kisah akan kenaikan yg bakal naik nanti.

Apa perasaan kau org? Rasa macam tertekan tak dengan kenaikan harga minyak yg mendadak nie? Ehe....... Lepas tengok berita di TV3 td, ako bergegas ler nak ke stesen minyak. Konon nak rebut peluang mengisi minyak dengan harga lama. Apa yg aku nampak, mmg tak pernah berlaku sejak dr zaman aku dilahirkan hinggalah td. Deretan kereta menunggu utk mengisi minyak sejauh 600 meter.

Itu yg jujur dan berhemah. Yg kat stesen minyak tu.......lg lah. berterabur ikut dan jer. Ako patah balik terus jer balik ke rumah. Anak aku yg kecil tertanya2 kenapa aku x isi minyak. Tak tahu aku nak kata apa kat dia.

0 comments: