Tuesday, September 9, 2008

Asal Usul Lagu Negaraku


Sedutan dr Lepak BorakGelak


Lagu Trang Bulan

Lagu Negaraku
Sila dengar kedua² lagu tersebut dan cari persamaannya.

Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu Trang Bulan, yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu Trang Bulan ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Lirik Negaraku

Versi Rumi

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

Versi Jawi

نڬاراكو
تانه تومڤهڽ دارهكو
رعيت هيدوڤ
برساتو دان ماجو

رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا

رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا


Berikut ialah lirik lagu Trang Bulan.

Lirik Trang Bulan

Terang Bulan, Terang Bulan Di Kali,
Buaya Timbul, Disangkalah Mati
Jangan Percaya Mulutlah lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!
Jangan Percaya Mulutlah Lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!

Adakah benar lagu kebangsaan negara kita disadur dari lagu Mamula Moon (Trang Bulan)?? Kenapa tidak dicipta sahaja sebuah lagu yang boleh memartabatkan negara kita?? Penulis musykil tentang hal yang satu ini. Penulis banyak sangat berfikir agaknya.

Sumber Rujukan :
Lagu Trang Bulan
Original Mp3 Trang Bulan

0 comments: