Thursday, September 11, 2008

MENTOS + COCA COLA / PEPSI = BOOMM!!!??


Ini adalah email yang diforwardkan kepada saya dan ia amat mengejutkan. Saya tak pernah test, sama ada ia benar ataupun hoax semata-mata, sila maklumkan kepada saya. Berdasarkan forwarded email ini, seorang kanak-kanak di Brazil telah mati selepas makan mentos bersama coca cola. Setahun kemudian, 1 kes yang sama berlaku juga di Brazil.

Sila amati dan perhatikan ujian di mana coca cola (dalam gambar-gambar ini coca cola light) di campurkan dengan mentos dan hasilnya amat mengejutkan. Sekiranya betul, sila sebarkan kepada orang lain.





Sekali lagi saya nyatakan di sini bahawa ini adalah sumber dari forwarded email. Mungkin kita boleh cuba di rumah untuk membuktikan kesahihannya. Sekiranya benar, maka sila sebarkan memandangkan coca cola dan mentos amat popular di kalangan kita.

Bagi sesiapa yang dah cuba dan tiada apa-apa yang berlaku, sila maklumkan kepada saya. Mungkin ini hanyalah hoax untuk membantutkan penjualan mentos dan coca cola. Siapa tahu kan?


0 comments: