Tuesday, November 4, 2008

Hukuman Baru Di China - Guna Van



Sedutan dr Kerenah Dunia

Negara China kini sedang 'memantapkan' sistem kehakiman dan penghukumannya dengan memperkenalkan hukuman bunuh secara 'mobile execution' sebagai langkah yang dikatakan maju setelah perlaksanaan hukuman bunuh secara tembak sejak sekian lama. Hukuman bunuh cara baru ini juga didakwa sejajar dengan penghijrahan China dari hukuman yang lebih bersifat tradisional komunis (tembak kepala) kepada kaedah yang lebih moden. Selain itu, hukuman 'suntikan maut' juga mula dilaksanakan dengan lebih kerap sebagai langkah yang lebih bertamadun dalam menghukum pesalah.


Mahkamah Pertengahan di wilayah selatan Yunnan telah pun menerima 18 van bunuh (execution vans) pada 28 Februari dan pegawai mahkamah berkata ada yang telah digunakan.

"Kami tidak boleh memberitahu anda berapa hukuman bunuh yang telah dilaksanakan setakat ini" kata pegawai tersebut.

Pihak berkuasa China merahsiakan bilangan hukuman bunuh yang dilakukan. Namun, pemantauan pihak hak asasi manusia barat percaya hukuman tersebut adalah pada bilangan 15,000 kali setahun, lebih banyak daripada jumlah hukuman bunuh di seluruh dunia.

Hukuman bunuh ini dijatuhkan terhadap kes-kes jenayah berat, rompakan bersenjata, pengedaran dadah, rasuah besar dan juga penganiayaan politik.

Hukuman bunuh di China dilaksanakan di tempat terbuka (public executions) seperti di padang bola. Jadi hukuman secara tradisional ini bukan lagi rahsia. Para pesalah akan dibawa dengan trak ke tapak pembunuhan dan dipaksa melutut dengan tangan diikat dan kepada ditundukkan sebelum ditembak mati. Keluarga mangsa akan dicaj dengan harga peluru sekiranya ingin menuntut mayat ahli keluarga mereka yang ditembak.

Sistem kehakiman China hanya membenarkan sekali rayuan dan para peguam menyatakan kurang 20% daripada pesalah mempunyai wakil profesional (peguam laa tu). Sekiranya rayuan terhadap hukuman mati ditolak, hukuman akan dilaksanakan serta merta, kadang-kadang dalam masa sejam.

Van yang diubahsuai bagi hukuman bunuh di China

Di Yunnan dan juga Harbin dan Shanghai, hukuman secara 'mobile execution' telah menggantikan hukuman tembak ini. Van 24 tempat duduk telah diubahsuai untuk tujuan ini. Van ini tidak bertingkap ini dilengkapi katil besi di mana pesalah diikat.
Pegawai polis akan menekan butang dan picagari automatik akan meyuntik dadah maut ke dalam pembuluh dara pesalah. Hukuman ini boleh disaksikan melalui video dan akan dirakam sekiranya perlu. Para pegawai China berkata hukuman suntikan maut ini dicipta oleh Akademi Sains Perubatan China bagi mencapai 2 matlamat dalam perlaksanaannya iaitu:

1. Tidak menyakitkan dan tidak akan memberi kesan emosi kepada pesalah
2. Menjimatkan masa iaitu antara 30-60 saat sahaja.

Walaupun sebuah van tersebut berharga 500,000 yuan (USD100,000), para pegawai terbabit berkata kaedah tersebut lebih murah kerana tidak memerlukan tenaga manusia yang banyak sepertimana hukuman bunuh tradisional.

Para pegawai Yunnan berkata kebanyakan pesalah dan pihak keluarga memilih cara suntikan ini. "Apabila mereka tahu yang kesalahan mereka tidak dapat dimaafkan lagi, mereka menerima kaedah ini dengan tenang dan tidak akan takut lagi. " kata seorang pegawai kepada akhbar tempatan.

0 comments: