Wednesday, February 25, 2009

Kes Gambar Lucah Edison Chen: Hati-Hati Bila Hantar Repair/ Jual Hand Phone…

69003

Untuk pengetahuan korang, sebarang rakaman klip video atau gambar yang disimpan dalam memori telefon bimbit jangan disangka terpadam sepenuhnya setelah korang menekan butang ‘padam.’

kita mungkin tidak sedar bahawa hampir 95 peratus data memori dalam telefon bimbit yang sudah dipadam itu boleh diperoleh semula menggunakan perisian tertentu.

Ia bukan saja boleh dilakukan oleh mereka yang profesional, malah sesiapa saja mampu melakukannya dengan memuat turun perisian menerusi laman web Internet.

Perkembangan itu bermakna data-data peribadi pemilik telefon bimbit adalah terdedah dan privasi mereka berisiko diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Telekomunikasi Selangor dan Wilayah Persekutuan, Ivan Er berkata, perbuatan seumpama itu akan mengundang masalah sekiranya ada pihak yang menyalahgunakan perisian terbabit dengan niat untuk menceroboh ruang peribadi seseorang itu.

Kata Ivan, masalah lebih serius sekiranya ia melibatkan data-data seperti rakaman klip video atau gambar berunsur seks membabitkan pemilik telefon bimbit itu.

“Masalah itu boleh berlaku apabila telefon bimbit bertukar hak milik, misalnya ketika seseorang pemilik itu menjualnya kepada pihak lain. Ia juga boleh berlaku ketika telefon bimbit dihantar ke kedai untuk dibaiki atau ia dipinjamkan kepada kenalan.

“Apa yang berlaku kemudian ialah pihak yang berniat jahat akan mengambil kesempatan melakukan ugutan terhadap mangsa atau lebih teruk ia didedahkan kepada umum,” katanya dalam Utusan Malaysia

Untuk pengatahuan korang, data tersimpan dalam cakera keras komputer yang sudah terpadam juga tidak terkecuali daripada risiko itu kerana pihak yang tidak bertanggungjawab tetap boleh menggunakan kaedah sama untuk mendapatkan semula data terbabit.

Contoh seperti yang berlaku ke atas artis Hong Kong terkenal, Edison Chen yang pada tahun lalu menggemparkan seluruh dunia dengan penyebaran gambar dan klip video seks membabitkan dirinya dengan beberapa artis wanita terkenal yang lain. Ia berlaku selepas beliau hantar komputernya untuk dibaiki

bobo-chan-edison-chen-pics

Sehubungan itu, kalau boleh korang elakkanlah merakam perkara tidak bermoral tidak kira menggunakan telefon bimbit atau peralatan elektronik lain.

P/S : Sekarang ini dah ada sekurang-kurangnya 13 kes melibatkan aduan mangsa diugut bekas pasangan yang mendakwa memiliki rakaman video hubungan seks ketika hubungan terdahulu, so jangan cari nahas!

0 comments: