Tuesday, February 10, 2009

Wartawan - Bukan Sekadar Mee - Pertemuan mengulit Hati

Amin yang semakin SIHAT ...

Amin yang semakin SIHAT ...

Amin… Muhammad dan Munir.. aku jumpe di Jalan Chow Kit petang tadi…Hampir setahun aku tidak bertemu dengan mereka ini… SOT Amin di dalam sebuah doku yang bertajuk Ina : Balada Gadis HIV itu … sangat aku ingat.

Antara lines dia ialah :Kamu tahu tak mak kamu kerja apa ? …. dia jawap … PEKERJA SEKS … PEKERJA SEKS… antara lines lain ialah : Kamu malu tak dengan mak kamu itu ? … dia jawap … entahlah dah tua-tua .. melangok aja kat situ. Dua lines ini aku tidak pernah lupa … Amin yang begitu mentah tahu apa yang dilakukan oleh si ibu … Amin yang sedang membesar .. sudah tahu apa itu pekerja seks….

Terserempak dengan Amin… akan menjadi kenangan yang mungkin tidak akan lupa … Masakan tidak … pasti suatu hari nanti aku akan bertemu dengan dia … Tapi biarlah pada masa itu dia bukanlah penagih dadah… dia bukan homeless dan dia juga bukanlah seorang pengutip tin dan samseng ataupun apa-apa lagilah. Pendek kata yang jahat-jahat.

Petang ini aku gembira bila dapat makan semeja dengan Amin dan rakan-rakannya itu. Kami duduk semeja dengan pelbagai cerita. Tentulah bukan cerita kusut dan kotor yang ada di jalan Chow Kit. Kami bercerita mengenai Tom Tom Bak dan Raja Lawak dan pelbagai cerita kelakar. Dalam hati aku berkata … sudah besar da dia… dulu tidaklah setinggi ini dia…

Antara soalan aku yang ialah dimanakah Makcik Afidah … dia jawap … “Ooooh Mak Andak… dia tu jahat … dia kata kami nie anak- anak jalanan .. pastu dia kata kami nie terbiar.. mana ada terbiar … terbiar tu orang gila aja“. Jawapan Amin buat aku tersenyum … Dengan nada yang hendak tergelak aku kata ” Ermmm betullah tu … Amin mana ada terbiar.. tengok badan tu … bukan main lagi“,. Dia sebenarnya tidak tahu realiti apabila berada dijalan ini. Dia juga tidak tahu sebenarnya .. apa yang tertulis di dalam akhbar itu adalah kenyataan yang perlu diterima. Panggilan anak jalanan dan terbiar … tidak digemari oleh anak-anak jalanan disini. Pemahaman mereka ialah mereka punya ibu dan mereka cukup makan. Aduhai adikku sayang.. ianya sebenarnya lebih daripada itu…

Terus Amin diketawakan dengan dua rakannya lagi. Amin yang sudah 10 tahun nie petah bercakap. Mungkin persekitaran membuatkan dia mudah mesra dengan stranger yang lalu lalang disekitar jalan Chow Kit ini. Ketika sedang asyik menikmati mee sup yang sedap tu …tiba-tiba Amin menyorokkan kerusi kosong yang ada disebelah aku. Pelik.

Kemudian terus berbual lagi. Dengan segera aku tanya kenapa perlu disorokkan kerusi itu. Dia rupanya ternampak seorang lelaki india yang pernah memukul emaknya dengan botol kaca sehingga berjahit dikepala. Katanya lagi lelaki itu jahat selalu memukul emaknya… Aku tidak mahu panjang cerita dan berborak mengenai cita-cita dia.

Bila besar kamu nak jadi apa ya Amin“,. Dia jawap…. “Mak kata .. kalau Amin masih duduk disini … Amin akan jadi lanun“,. …Kami tergelak besar bila dengar dia cakap macam tu… Terus member aku nie kata … jangan jadi lanun … jadi polisla bagus….Amin terus tergelak sakan dengan apa yang dicakapnya itu.

Setelah semangkuk mee sup habis … dan kami beredar … semoga Amin tidak jadi lanun … dan rakan-rakannya itu akan jadi orang yang baik-baik … Tapi selagi dia tidak keluar dari lubuk hitam itu … sukar untuk dia mendapat peluang yang lebih cerah di dalam hidup dia.. Semoga usaha Yayasan Salam tidak akan berkubur dalam memperjuangkan nasib mereka ini.


0 comments: