Saturday, March 28, 2009

Tok Guru Nik Aziz Dah Ada Blog Sendiri

splash01aku sangat teruja bila MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz pun dah ada blog sendiri, bagi aku ini patut dicontohi terutama oleh mereka yang bergelar ulamak

ini membuktikan Islam itu syumul dan meliputi semua aspek, termasuk dalam bidang teknologi maklumat atau ICT

cuma dulu ramai orang menyindir Tun Dr Mahathir kononnya beliau upah orang untuk tulis blog dia, aku harap lepas ni takdelah mana-mana pihak yang cuba ‘pulangkan buah keras’ dengan menuduh Nik Aziz pun buat benda yang sama

macam ni lah, Tun Mahathir dan Nik Aziz mungkin tak sehebat orang muda dalam bab ICT, maklumlah orang lama….tapi bagi aku kecantikan, corak, bunyi, grafik dalam sesebuah blog itu cuma kosmetik, yang penting isi yang terkandung di dalamnya

biarlah kalau diaorang nak upah sapa-sapa pun nak develop blog diaorang janji kandungannya datang dari pemikiran dan hati nurani mereka sendiri

so pada mereka yang nak pergi ke blog Nik Aziz, layarilah http://blogtokguru.com/

LONG LIVE BLOGGERS!!!


0 comments: