Sunday, April 26, 2009

Baca Pergerakan Bontot Kalau Nak Selamatkan Penalti?

chj02032

Walaupun aku menyampah dengan tindakan segelintir penyokong Kelantan yang gedebe tak tentu pasal, tapi aku juga simpati dengan mereka apabila Kelantan gagal dalam final Piala Liga dengan Selangor semalam

terus terang, kekalahan melalui penalti bagi aku cukup menyakitkan hati kerana ia betul-betul bergantung kepada luck…dan bukannya berdasarkan kehebatan bermain

dalam hal ini aku ingin mengucapkan tahniah pada skuad Kelantan kerana berjaya bermain dengan baik sekali

tetapi apa nak buat, itulah bola sepak

bercakap melalui kegagalan memasukkan gol sewaktu tendangan penalti ni, belum pernah mana-mana pemain terkenal dunia yang tak pernah gagal, semuanya pasti mengalami trauma gagal menyumbatkan gol melalui cara tersebut

stressnya Tuhan saja yang tahu, apatah lagi dalam perlawanan akhir seperti malam tadi

berjuta mata tertumpu kat anda, menang kalah di tangan anda, justeru tekanannya tersangatlah hebat

tetapi korang percaya tak, ahli sains sukan British percaya penjaga gol boleh diajar untuk menyelamatkan sepakan penalti dengan membaca ‘bontot’ dan keraguan pemain bola sepak yang mengambil sepakan itu.

Pengkaji di Universiti John Moores yang terletak di Liverpool percaya punggung pemain yang mengambil sepakan penalti memberikan tanda yang lebih banyak arah mana sepakan akan dituju.

Pada saat akhir sepakan, orientasi punggung pemain itu akan melawan arah sebenar yang ingin disepak dan ini memberikan penjaga gol beberapa saat untuk mengubah kedudukan.

“Jika punggung pemain itu berada tepat pada penjaga gol bagi pemain kaki kanan, pastinya arah sepakan akan ke kanan penjaga gol,” kata Mark Williams, salah seorang doktor bagi sains sukan.

“Jika punggungnya lebih `terbuka’ atau jauh dari arah sebenar penjaga gol, sepakan itu kemungkinan akan ke kiri penjaga gol.”

Wow! nampaknya buntot pun boleh jadi panduan kepada penjaga gol untuk menyelamatkan gawangnya dari dibolosi!

So kepada penjaga gol Kelantan yang kalah semalam, hari ni aku harap kau dapat baca blog aku…mudah-mudahan teknik tengok bontot ni boleh memberi panduan pada kau next time ye

:super: : Apapun tahniah Selangor, buat skuad Kelantan, jangan putus asa ek! Terimalah seadanya.


0 comments: