Thursday, April 16, 2009

Bila Wad ICU Bertukar Jadi ‘Mahkamah’


Catatan si wartawan

Sebenarnya bukanlah menjadi satu isu atau ‘pelik’ apabila hakim datang ke hospital untuk membicarakan pesalah yang sedang dirawat di wad

aku ingat lagi, beberapa tahun dulu waktu aku bertugas sebagai seorang wartawan jenayah, ada seorang suspek yang membunuh isterinya juga berhadapan dengan situasi begini setelah dia dimasukkan ke wad kerana kemalangan sewaktu cuba melarikan dari daripada polis

dalam kes terbaru, seorang pekerja kontrak - yang terlantar di unit rawatan rapi (ICU) kerana meminum cecair pelarut semasa dalam tahanan polis - dihadapkan dengan pertuduhan memiliki dadah.

Adi Anwar Mansor, 23, yang terbaring lemah memakai topeng oksigen dengan tangan kanan bergari di kepala katil mendengar dakwaan terhadapnya yang dibacakan di depan majistret Liew Horng Bin di Bilik Infeksi, Wad 8B, Hospital Tengku Ampuan Rahimah kira-kira pukul 3.50 petang tadi.

Selepas tiba, hakim duduk di sebelah katil tertuduh dan mengumumkan bilik tersebut sebagai mahkamah terbuka serta mengarahkan jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan.

Adi didakwa memiliki dua bungkusan ganja seberat kira-kira 44.55 gram di Perhentian Bas di tepi Jalan Kebun, Kelang kira-kira 11.30 malam pada 7 April lepas.

Pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Sejurus pertuduhan dibacakan, Adi dengan lemah mengangguk faham dan minta dibicarakan.

Sebenarnya aku tertanya-tanya, dalam hal sebegini, mahkamah tidak bolehkah menggunakan budi bicaranya dengan menangguhkan sementara perbicaraan ke atas suspek, maklumlah, suspek kini ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’, dah masuk ICU pun

at least pandanglah dari sudut kemanusiaan, dia pun manusia jugak, kalau dah setengah mati macam ni, manalah suspek mampu nak mempertahankan diri dia

tetapi mungkin pihak mahkamah ada hujahnya yang tersendiri, yang mungkin kita tak tahu

entahlah, aku tak belajar undang-undang, apa pendapat korang?

bukan nak menghina mahkamah…sekadar berkongsi rasa….

0 comments: