Wednesday, April 1, 2009

Kisah 4 Pengantin Baru

Mak Minah dan Pak Mat mempunyai 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi mereka iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat untuk mengkahwinkan anak2 mereka ini serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, ke empat2 anak tu pun bercadang untuk pergi berbulan madu.

Siti berbulan madu ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas manakala Suri ke Pulau Pangkor. Sebelum berbulan madu, Mak Minah dan Pak Mat berpesan kepada mereka supaya menghantar berita kepada mereka dengan seberapa ringkas dengan menggunakan kod iklan. Ianya amat mudah, cepat dan ringkas.

Seminggu pun berlalu, Mak Minah dan Pak Mat mula menerima surat daripada Siti yang bertulis "Standard Chartered". Tercari2 lah mereka iklan Standard Chartered. Bila terjumpa, maka tersenyumlah mereka berdua membaca iklan tersebut - 'Besar, Teguh dan Peramah. Bahagialah Siti rupanya.

Esoknya pula, mereka menerima surat daripada Seri yang bertulis 'Nescafe'. Maka carilah mereka iklan Nescafe. Tersenyum lagi kedua2 mereka bila membaca iklan tersebut yang berbunyi 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir'.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat daripada Murni yang bertulis 'KFC'. Tersenyumlah mereka apabila membaca iklannya - 'Sehingga Menjilat Jari' . Bahagialah rupanya si Murni ...........

Seminggu berlalu........... tiada pun surat daripada Suri. Mak Minah dan Pak Mat mula resah.

Dua Minggu............ Tak juga tiba suratnya.

Masuk minggu ketiga, barulah sampai surat daripada Suri. Pelik juga Mak Minah dan Pak Mat bila membaca isi suratnya yang berbunyi 'Air Asia'.

Maka bergegaslah mereka mencari iklannya. Tak sabar rasanya nak tahu perkembangan anak mereka yang bongsu ni.

Bila dibaca sahaja iklannya, mereka berdua termanggu dan terkulat2. Tak tahu nak senyum atau nak menangis........

Apa motto iklan Air Asia nie?







'7 KALI SEMINGGU........3 JAM SEKALI.........TANPA HENTI




0 comments: