Friday, July 31, 2009

Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru, KL

SEJARAH NASI LEMAK ANTARABANGSA

AWAL PERMULAAN

Pada tahun 1973 Puan Normi Tandoh pengasas perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa mengambil langkah memulakan perniagaan nasi lemak di Kampung Baru yang ketika itu merupakan perumahan orang melayu. Bermula dengan menanak beberapa kilogram beras, perniagaannya mula berkembang dari setahun ke setahun.

Era 1980-an

Dari menanak kira-kira 5 kilogram beras sehari pada awal 70-an, Puan Normi perlu memasak sehingga 50 koligram sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin mengenali kedainya. keenakan Nasi Lemak Puan Normi terus mendapat sambutan pelbagai kaum yang membuka hati ibu kepada enam anak itu untuk menamakan gerainya Nasi Lemak Antarabangsa. Nama itu dipilih turut dipilih bagi menghargai seorang juruterbang MAS ketika itu yang gemar membeli nasi lemak tersebut untuk dibawa ke luar Negara setiap kali dia bertugas.


Era 1990-an

Keenakan nasi lemak Puan Normi mula mendapat perhatian media apabila Harian Metro menjadi akhbar pertama menulis mengenai kehebatan Nasi Lemak Antarabangsa. Sejak itu, nama Nasi Lemak Antarabangsa bukan saja terus tersebar menerusi buah mulut orang ramai tetapi juga menerusi liputan media cetak dan elektronik. Tahun 90-an juga menyaksikan perubahan drastik dalam waktu perniagaan Puan Normi. Sejak memulakan perniagaan pada tahun 1973, beliau mula berniaga dari pukul 6 pagi hingga sebelum tengahari. Tetapi atas permintaan para pelangganya, pada bulan Ramadhan 1994, beliau telah mengubah waktu perniagaan dari 6 petang hingga 10 malam yang kemudianya dilanjutkan ke pukul 11 pagi keesokan harinya.

Era Baru 2000

Alaf Baru membawa banyak perubahan kepada perniagaan Puan Normi. Namum abad ke 21 itu bermula dengan kemerosotan perniagaanya berikutan pembukaan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan menyebabkan ramai kakitangan kerajaan tidak datang ke gerainya. Namun lapan tahun memasuki alaf baru, beliau menyaksikan sendiri sesuatu yang tidak pernah diimpikanya, pembukaan sebuah restoran Nasi Lemak Antarabangsa berkonsepkan Kafe. Tarikh bersejarah, 22 Disembar 2008, Restoran Sulung Nasi Lemak Antarabangsa yang terletak di Danau Kota dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Noh Bin Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

KINI NASI LEMAK ANTARABANGSA TELAH MEMPUNYAI BEBERAPA CAWANGAN IAITU:-

- KAMPUNG BARU (1973)



- DANAU KOTA (17/12/2008)

- AMPANG POINT (24/12/2008)





- AMPANG PARK (17/1/2009)


- TAMAN MELATI (12/2/2009)


- BANGSAR (9/3/2009)

keterangan lanjut layari www.nasilemakantarabangsa.com


0 comments: