Monday, October 19, 2009

Macam-macam

Bila duk bercuti panjang nie kena lak tak jadi hantar si angah ke asramanya, bolehlah melayari lamanweb orang lain. Sambil membaca artikelnya, terjumpa lak artikel menarik membabitkan kerenah bangsa lain. Hanya kerana CD sekeping sanggup membunuh.

Kalau nak baca, di sini saya turunkan artikelnya.

Hasilan dari lamanweb Mazidul

Ini Nepal Punya!

Jika meminjam barang milik orang lain, kembalikan semula selepas digunakan. Mungkin itu mesej boleh dipelajari daripada entry ringkas ini.

Berikut kisahnya.

Jam 7 malam, warga Indonesia, Wan, berusia lingkungan 30 an dibelasah sehingga mati dua rakyat Nepal. Motif? Wan gagal memulangkan cakera padat, CD dipinjam daripada suspek. Kejadian berlaku di Kampung Batu Chondong, Juasseh Tengah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Jaafar Baba, mereka bertiga, pekerja kolam ikan dan tinggal sebumbung di rumah disediakan majikan.

"Kamu jangan 'klaim' ini CD kamu punya! Ini Nepal punya!"

Mungkin begitu jeritan warga Nepal terbabit sebelum menyerang Wan. Maklumlah, Indonesia kebelakangan ini sering 'mengklaim' pelbagai entiti milik mutlak mereka.


Eh! Berapa harga CD asli? RM40? Berapa pula harga CD cetak rompak? RM10? Logik akal, berkemungkinan besar mereka tidak membeli CD asli kerana harga lebih mahal. Jadi, maksudnya harga nyawa warga Indonesia itu tidak lebih RM10 sahaja.

Bagaimanapun saya percaya, kerajaan Indonesia tidak akan 'bikin ribut' berhubung kes ini kerana mangsa bukan dibunuh warga Malaysia.

Syukurlah.

Paling pening, taukeh kolam ikan. Bukan sahaja terpaksa mencari 3 pekerja pengganti malah jika pekerja terbabit dalam kes jenayah itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah, dia boleh dituduh melindungi pendatang tanpa izin. Siang nanti saya akan menghubungi Superintendan Jaafar, ingin bertanyakan status dokumen mereka. Nanti saya kongsikan bersama pembaca.

Update Jam 12.38 tadi Superintendan Jaafar menghantar SMS berbunyi 'Suspek dan mangsa, kosong, tiada dokumen perjalanan'

0 comments: