Monday, November 2, 2009

Promosi Windows 7 Sabtu Ini


YASIR YOUSUFF (dari kiri), Yasmin Mahmood dan KT Ng pada majlis pelancaran Windows 7 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sejajar dengan pelancaran produk sistem operasi Windows 7 di negara ini, Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd. (Microsoft Malaysia) akan mengadakan promosi harga bagi sistem perisian tersebut pada hari Sabtu ini.

Pengarah Urusannya, Yasmin Mahmood berkata, promosi itu hanya meliputi Windows 7 Home Premium dengan potongan harga sebanyak 30 peratus daripada harga jualan pasaran.

"Pada pukul 7 malam pada 7 November ini, sebanyak 777 Windows 7 Home Premium akan dijual kepada orang ramai menerusi The Madness Sale.

"Ia akan diadakan serentak dengan pameran kami di empat lokasi berbeza iaitu di Plaza Low Yat di sini, Ikano Power Center di Petaling Jaya, Gurney Plaza (Pulau Pinang) dan City Square (Johor Bahru),'' katanya selepas pelancaran sistem perisian terbaru Microsoft Corporation tersebut di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia, Yasir Yousuff, Pengarah Perniagaan Pelanggan Kumpulan Microsoft Malaysia, KT Ng, Presiden Majlis Kebangsaan bagi Orang Buta Malaysia (NCBM), Datuk S. Kulasegaran, Timbalan Pengarah Eksekutif NCBM, Moses Choo Siew Cheong.

Sistem operasi itu didatangkan dalam tiga versi iaitu Windows 7 Home Premium pada harga jualan pasaran RM525 setiap unit, Professional (RM855) dan Ultimate (RM903).


0 comments: