Monday, December 28, 2009

Satu Kelainan



Malam tadi orang rumah letih sangat nak masak. Maklumlah mulai hari ini dan dua hari seterusnya, dia akan bermukim seharian menguruskan kertas soalan moral SPM yang telah ditandanya di BBU.

Malas nak cerita panjang, ajaklah seisi rumah cari port baru makan malam. Orang rumah pun cadangkan satu tempat baru yang belum lagi pernah pergi. The Borneo Cafe namanya. Setahu aku tempat tu dulu hanyalah sebuah kedai dua tingkat yang menjual perabot jati dan perabot antik.

Mungkin tuan punyanya rasa dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan akan dapat memperkembangkan lagi jualan perabotnya. Kalau dilihat dari segi setting meja dan kerusi makannya, memang satu kelainan yang jarang dapat dilihat berbanding restoran makan yang banyak terdapat di Pasir Gudang ni.

Apa tidaknya, semuanya menggunakan perabot jati walaupun yang berada di luar.





Bab makanannya, bolehlah tahan sedap. Walaupun malam tu makanannya terhad sikit menunya disebabkan ada majlis (aku tak tahu majlis apa). So.. satu keluarga pesan nasi lemak borneo rendang dengan air milo godzilla.


 
 Si kecil ni je pesan air milo lain, tapi namanya je agak kelakar 'air milo dinosour', ehe...

So.... Kalau kaorang nakkan satu kelainan dan berada di Pasir Gudang, datanglah ke restoran ni.

THE BORNEO CAFE
No 3, Jalan Cendana 1,
Taman Cendana
81700 Pasir Gudang
07-2527634

Thursday, December 24, 2009

Wujudnya Sungai Di Dasar Lautan








Kuala Lumpur World Marching Band Competition 2009




Kepada pelajar yang ingin mendapatkan video sebahagian daripada pertandingan ini, insyaAllah cikgu akan masukkan ke dalam file hosting tidak lama lagi. Harap dapat bersabar, ya.












Kecanggihan Tempat Letak Basikal Di Jepun


















Lumrah Kehidupan Di Malaysia














Friday, December 18, 2009

Ha....Ha....Ha...... Terernya Member Main Dam



P/S : Macam dah rancang jer

Dimana Letak Kebebasan Mereka



P/S : Alangkah bertuahnya kita dilahirkan di Malaysia. SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431

Friday, December 11, 2009

Kod-Kod Ramuan Yang Mengandungi Sumber Ekstrak Lemak Babi

Terdahulu pernah saya letakkan artikel mengenai bahan makanan yang mengandungi sumber ekstrak lemak babi.
http://adnansmile.blogspot.com/2009/11/haram-meminum-air-green-soya-bean-dan.html

Hari ini saya akan senaraikan kod-kod (sumber yang boleh dipercayai) Emulsifier sumber ekstrak lemak babi yang terdapat di dalam bahan makanan yang boleh kita perolehi dari kedai.



Agak terkejut juga bila didapati terdapatnya sumber ekstrak lemak babi di dalam makanan ringan seperti di atas yang boleh diperolehi oleh anak-anak kita dengan senang di kedai-kedai runcit.

Jadi berhati-hati apabila kita memberi makan anak-anak kita dengan makanan ringan yang mengandungi bahan-bahan haram. Disini saya senaraikan kod-kod Emulsifier sumber ekstrak lemak babi yang terdapat di dalam makanan. Diharap buat salinan dan simpan di dalam dompet dan bawa bersama-sama ketika membeli belah.

Kod Emulsifier Sumber Ekstrak Lemak Babi

1. E100                      2. E110
3. E120                      4. E140
5. E141                      6. E141
7. E153                      8. E160
9. E161                      10. E210
11. E213                    12. E214
13. E216                    14. E234
15. E252                    16. E270
17. E280                    18. E300
19. E301                    20. E325
21. E326                    22. E327
23. E334                    24. E335
25. E336                    26. E337
27. E422                    28. E430
29. E431                    30. E432
31. E433                    32. E434
33. E435                    34. E436
35. E440                    36. E441
37. E470                    38. E471
39. E472                    40. E473
41. E474                    42. E475
43. E476                    44. E477
45. E478                    46. E481
47. E482                    48. E483
49. E491                    50. E492
51. E493                    52. E494
53. E495                    54. E542
55. E570                    56. E572
57. E631                    58. E904
59. E920

P/S : Jangan lupa, print dan simpan kod-kod ini untuk dibawa bersama-sama kita ketika membeli belah makanan, ya.

Maut Selepas Akad Nikah

oleh syahrilkadir



http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Aku tidak dapat membayangkan betapa hancur dan luluhnya hati Teh Afifah Shahirah apabila suami yang baru empat jam dinikahinya itu pergi dan tidak akan kembali lagi buat selama-selamanya.

Malam tadi ketika menonton Buletin Utama, aku dapat melihat dengan jelas jari-jemari Teh Afifah yang masih bersalut inai merah itu berdoa sambil menitiskan airmata melihat jenazah suaminya.

Aku yakin akan ada ungkapan…’ Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup ni kena teruskan perjuangan’…tetapi itu adalah kata, kata lebih mudah untuk dilafazkan tetapi tidak semudah untuk diangkat menjadi nyata.

Sebenarnya aku sangat hiba, ya bukan aku saja, semua orang akan merasa hiba dengan peristiwa tragis ini tetapi aku bukan Teh Afifah, insan yang terpaksa melalui semua ini, insan yang terpaksa memikul semua ini, bersendiri!

Betul lah kata orang, kadangkala kita rasa ujian yang Tuhan berikan pada kita sudah terlalu berat, rupanya ada lagi ujian yang lebih berat diturunkan kepada hambanya yang lain.

Jika pagi tadi Teh Afifah mencium tangan suaminya selepas selesai akad nikah, siapa sangka di sebelah petangnya dia terpaksa menatap wajah suaminya itu dibilik mayat dan disebelah malam pula menabur bunga di pusara kekasih yang sangat dicintainya itu.

Semoga Allah memberikan kekuatan untuk Teh Afifah menjalani kehidupan yang sungguh mencabar ini…ini harinya, hari kita belum tentu bila.



Arwah (bersongkok) akad nikah beberapa jam sebelum menemui ajal. Ingatlah, walaupun cuma hanya empat jam bergelar isteri, namun itu bukan bermakna kau hilang segala-galanya.

Dia tetap suamimu dik walau yang tinggal cuma pusara, dia tetap suamimu dik walau yang ada cuma kenangan, dia tetap suamimu dik walau yang tinggal cuma tangisan
dia akan terus hidup dalam nafasmu, dia akan terus berjaga dalam mimpimu, dia akan terus bernyawa dalam impianmu.

Malam tadi aku sempat Google nama Teh Afifah, dari sana aku bertemu laman Friendsternya, kata Teh Afifah; ya Tuhan kami,berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempunakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami…[18:10]
aku terkedu.






Hati Yang Sudah Hitam Takkan...........



Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang manis senyumannya adalah orang yang ditimpa musibah lalu ia berkata "Inna lillah wainna illaihi rajiuun" Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang yang tidak tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiada menumpuk-numpukkan hartanya.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.......

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang meninggal dan membawa bersama-samanya amalan kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling sempit dan lagi dihimpitkan? Mereka adalah orang yang meninggal dan langsung tidak membawa sebarang amalan kebaikan lalu kuburnya dihimpitkan.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang yang akan menghuni syurga kerana telah menggunakan akalnya semasa di dunia untuk menghindari segala kemungkaran.





Thursday, December 10, 2009

Ha...ha...ha....

Layan.............


Monday, December 7, 2009

Ferrari World Theme Park - Dubai








 

 

 

Abu Dhabi Ferrari Theme Park: Key Facts

General

World’s first Ferrari theme park
World’s largest indoor park
Opening in 2010
Owned by Aldar Properties PJSC
Managed by Farah Leisure Parks Management L.L.C, a joint venture between Aldar Properties PJSC and ProFun Management Group Inc.
Located on Yas Island on the North East side of Abu Dhabi’s mainland
Yas Island is a 10-minute drive from Abu Dhabi International Airport, 30 minutes from the city of Abu Dhabi, and 50 minutes from Dubai
Adjacent to the Yas Marina Circuit, hosting the inaugural 2009 Formula 1 Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix

Building

Designed by globally renown architectural firm Benoy
Building height is 45m (147.6 ft), with a roof edge circumference of 2,200 m (7217.8 ft)
Enclosed space (area accessible to the general public) is 100,000 m2 (1,076,391 sq ft)
Over 35,000 tonnes of steel have been used to reinforce the structure
Landscaped area around the main building is 450,000 m2 (4,843,759 sq ft)

Roof

Design inspired by the classic double curve side profile of the Ferrari GT body
Made from metal and glass designed to reduce glare and heat
Total surface area is 200,000 m2 (2,152,782 sq ft)
The Ferrari logo is 65m x 48.5m, the largest Ferrari logo ever created
Highest point is 48m, with a total of 6,900 meters of roof guttering
Rides
Designed by one of the world’s most prominent design firms Jack Rouse Associates
Over 20 state-of-the-art rides and attractions.
Featured attractions include:
The world’s fastest roller coaster emulating the feeling of being in an F1 car
G-force experience taking passengers on an adrenaline-pumping ride up over 62m, through the roof and back down again
State-of-the-art racing simulators using a similar system as those used by the Ferrari racing team
Flume ride journey through the heart of a Ferrari 599 engine
Driving and Racing school for junior drivers, with expert training
Aerial voyage over Italy following a Ferrari

Food & Beverage

A broad range of dining, quick service and beverage locations offering Italian inspired delicacies as well as a variety of international dishes.
Highlights include:
Two restaurants inspired by the real Maranello food experience
A true Italian ambiance of a traditional delicatessen, including:
Customized fresh pasta and pizza made-to-order
An array of international dishes to satisfy all tastes
Shopping
Visitors can expect a retail experience that celebrates Ferrari’s rich heritage in a way never seen before.

Highlights include:

825 m2 store celebrating Ferrari’s rich history with vintage and contemporary racing memorabilia
Souvenir photo opportunities for capturing the thrill of the moment
“Interactive Corners” where children can customize their own park souvenirs
1300 m2 flagship store offering Ferrari and special Ferrari World Abu Dhabi items
P/S : Dalam duk gawat, masih lagi mempunyai citarasa yang tinggi pak arab nie.