Friday, December 11, 2009

Hati Yang Sudah Hitam Takkan...........



Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang manis senyumannya adalah orang yang ditimpa musibah lalu ia berkata "Inna lillah wainna illaihi rajiuun" Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang yang tidak tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiada menumpuk-numpukkan hartanya.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.......

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang meninggal dan membawa bersama-samanya amalan kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling sempit dan lagi dihimpitkan? Mereka adalah orang yang meninggal dan langsung tidak membawa sebarang amalan kebaikan lalu kuburnya dihimpitkan.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang yang akan menghuni syurga kerana telah menggunakan akalnya semasa di dunia untuk menghindari segala kemungkaran.





0 comments: