Tuesday, March 31, 2009

Kita Di’fool’kan Dek Sejarah April Fool?

april

Hari ini adalah 1 April atau dikenali sebagai April Fool’s Day. Selalunya April Fool dikaitkan dengan perbuatan seseorang yang cuba menipu atau mengenakan orang lain dengan niat sekadar untuk bergurau

Namun dikatakan sejarah April Fool bermula atau mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

Dikatakan setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Menurut ceritanya, penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian

Persoalannya betul ke fakta yang diperkatakan itu?

Setahu aku, April Fool ini adalah berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492.

Bagi aku, jikalau berhadapan dengan cerita-cerita seperti asal-usul April Fool ini, periksalah dulu, tanyalah mereka yang lebih arif misalnya pakar sejarah dan ustaz-ustaz, supaya kita sendiri tidak menjadi April Fools, menjadi bahan ketawa masyarakat bukan Islam.

Janganlah menjadi sumber penyebaran pembohongan dan fitnah.

Apa pun aku tetap menyatakan yang hari April Fools tidak boleh disambut atau dibesar-besarkan oleh orang-orang Islam, kerana ia mempunyai unsur- unsur tipuhelah, ketidakjujuran dan boleh merosakkan hubungan silaturahim sesama kita yang mana kesemuanya ini adalah bukan nilai Islam.

Wallahua’lam.


Saturday, March 28, 2009

Selamat Bersara Pak Lah

pak_lah

Saya tahu sebagai Perdana Menteri, tak mungkin Datuk Seri boleh memuaskan hati kesemua 26 juta rakyat Malaysia

Saya tahu sebagai manusia, Datuk Seri juga seperti saya yang tidak lepas salah dan dosa

Saya tahu sebagai pemimpin, tak mungkin tiada langsung budi yang Datuk Seri taburkan, tak mungkin tiada langsung kebaikan yang Datuk Seri berikan, tak mungkin tiada langsung pengorbanan yang Datuk Seri curahkan

Sejarah akan menghakimi apa yang Datuk Seri putuskan sepanjang berada di puncak kuasa

Dan sebagai manusia, saya mendoakan apa saja yang terbaik untuk Datuk Seri dan keluarga

Terima kasih Pak Lah…terima kasih atas segalanya.

Pisang Emas Dibawa Belayar

Masak sebiji di atas peti

Hutang emas boleh dibayar

Hutang budi di bawa mati

Earth Hour…Maaf Aku Tak Mampu Menyahutnya

ert

Keprihatinan warga Malaysia terhadap perubahan iklim dan isu kepupusan sumber tenaga terbukti apabila kita menjadi salah satu negara paling ramai menawarkan diri untuk bergelap bersama dunia sempena acara Earth Hour tahun lepas.

Acara kesedaran alam sekitar itu kini dianjurkan secara berkala setiap tahun dan dipromosikan secara besar-besaran oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Tahun lepas berpuluh-puluh monumen ikon dunia termasuk Opera House di Sydney, jambatan San Francisco malah tidak ketinggalan seluruh kampus Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyahut cabaran untuk bergelap selama satu jam.

Seperti tahun sebelumnya, Earth Hour 2009 akan berlangsung pada hari ini serta bakal dijayakan oleh sekurang-kurangnya 75 negara.

Earth Hour tahun ini turut disokong oleh stesen televisyen tempatan, 8TV, stesen radio Hot FM dan beberapa mercu tanda negara termasuk Menara Kuala Lumpur (KL Tower), Angkasapuri, Sunway Pyramid dan Mid Valley Megamall.

Namun maafkan aku dunia, aku mula terfikir yang aku tak mampu menyahutnya.

Bukan aku tak prihatin, bukan aku tak peduli.

Namun aku tak mampu menyahut seruan tersebut di saat rakyat Palestin terpaksa bergelap bukan disebabkan Earth Hour, tetapi disebabkan ketidakprihatinan dunia terhadap nasib dan kesengsaraan yang terpaksa mereka tanggung akibat daripada kezaliman kerajaan Zionis Israel!

Kenapa tidak ada mana-mana badan antarabangsa melancarkan kempen memboikot walau sejam barangan Israel, kenapa tidak melancarkan kempen mengutuk walau sejam terhadap Amerika Syarikat, kenapa tidak ada mana-mana badan atau NGO melancarkan kempen membenci Ehud Ohlmert dan sekutunya walau sejam di atas tindakan zalim mereka

Mungkin ada yang mempertikaikan, apa relevannya kemusnahan alam dan kezaliman Israel, namun aku tetap berpendirian kemusnahan alam bermula disebabkan manusia sendiri zalim terhadap manusia yang lain

Di atas sebab itu aku memohon maaf, meminjam kata bekas Menteri Besar Perak, Saya Pohon Derhaka!


Tok Guru Nik Aziz Dah Ada Blog Sendiri

splash01aku sangat teruja bila MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz pun dah ada blog sendiri, bagi aku ini patut dicontohi terutama oleh mereka yang bergelar ulamak

ini membuktikan Islam itu syumul dan meliputi semua aspek, termasuk dalam bidang teknologi maklumat atau ICT

cuma dulu ramai orang menyindir Tun Dr Mahathir kononnya beliau upah orang untuk tulis blog dia, aku harap lepas ni takdelah mana-mana pihak yang cuba ‘pulangkan buah keras’ dengan menuduh Nik Aziz pun buat benda yang sama

macam ni lah, Tun Mahathir dan Nik Aziz mungkin tak sehebat orang muda dalam bab ICT, maklumlah orang lama….tapi bagi aku kecantikan, corak, bunyi, grafik dalam sesebuah blog itu cuma kosmetik, yang penting isi yang terkandung di dalamnya

biarlah kalau diaorang nak upah sapa-sapa pun nak develop blog diaorang janji kandungannya datang dari pemikiran dan hati nurani mereka sendiri

so pada mereka yang nak pergi ke blog Nik Aziz, layarilah http://blogtokguru.com/

LONG LIVE BLOGGERS!!!


Bengkel Pengumpulan Soalan PMR

Disini adalah hasil dari bengkel tersebut. Para guru boleh memuat turun hasil bengkel dengan mengklik pada tema yang berkenaan.

Kemahiran
Tema Satu
Tema Dua
Tema Tiga
Tema Empat
Tema Lima
Tema Enam
Tema Tujuh
Tema Lapan

Monday, March 23, 2009

Selamatkan Bumi Dari Pemanasan Global


Marilah kita bersama-sama menyahut kempen Selamatkan Bumi Dari Pemanasan Global dengan menutup lampu selama 1 jam dari pukul 8.30 hingga 9.30 malam pada 28 hb Mac ini.

Anda boleh melakukannya.

Friday, March 20, 2009

Astro Rugi RM529 juta!

astro1

Aku macam tak percaya bila Astro mengumumkan kerugian selepas cukai yang dialaminya sebanyak RM529 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2009 berbanding kerugian RM6 juta sebelumnya.

Wuiyyyooo, lain macam punya rugi nih, dekat setengah billion, banyak tu!!!

Semua tu gara-gara kos penamatan perkhidmatan penyiaran di Indonesia pada tahun lalu

No wonder banyak kengkawan aku kat Astro tu dah mula kena tamat kontraklah, kontrak tak re-newlah, itulah, inilah

Actually aku ni ada sikit sentimental value-lah dengan Astro ni, bukan sebab aku baru nak pasang Astro kat rumah, tetapi sebab dulu aku pernah bernaung di bawah ‘payung’ Astro sebenarnya (sebelum dapat keje tetap nie)

So ibarat pepatah, cubit peha kiri, peha kanan pun terasa jugaklah (tapi aku pernah kena cubit lagi teruk, bengkak siot)

Sebenarnya kerugian Astro ini bukan hanya akan memberi kesan kepada syarikat itu sendiri, tetapi juga kepada banyak syarikat produksi tempatan dan bumiputra yang selama ini menjual produk mereka seperti drama dan dokumentari untuk siaran di stesen tv berbayar ini

Bagaimanapun dalam pengumuman prestasi kewangannya baru-baru ini, Astro bernasib baik kerana terdapat peningkatan dalam jumlah pelanggan yang melanggani perkhidmatannya (subscribers) dan ini sekali gus memberi harapan kepada mereka untuk bangkit semula pada tahun mendatang

Kepada kawan-kawan ada di Astro termasuklah yang berada di bawah ‘naungannya’, jangan patah semangat

Inilah peluang terbaik untuk anda membuktikan kepada syarikat yang anda adalah aset berharga yang perlu dikekalkan, dan bukannya daun kering yang tunggu masa untuk gugur ke bumi

Ingatlah pepatah ini, benih yang baik kalau dicampak ke mana pun pasti menjadi pulau!

Tapi kalau memanjang tidur kat kerusi panjang tunggu job, pastu minum berjam bawah pokok, alamat tunggu masa lah tu…

So wake up guys!!!…semangat! semangat!


Thursday, March 19, 2009

Om Pra Maa Pood (No Matter What You Say)- Lagu Rock Siam Paling Happening!



Lagu-lagu Thailand atau Siam memang catchy kalau korang dengar betul-betul

Dalam banyak-banyak lagu Siam yang pernah aku dengar, inilah lagu yang paling best so far.

Sayangnya, aku belum dengar lagu ni di radio kat negara ni…kekadang aku fikir stesen radio tempatan sepatutnya kena buka horizon pemilihan lagu luar, jangan hanya sekadar lagu Inggeris atau Indon semata-mata

Lagu yang aku nak korang dengar hari ni adalah lagu rock nyanyian penyanyi rock terkenal Thailand, Bird & Sek

Lagu ni dah lama terkenal di negeri-negeri sebelah utara e.g Penang, Kedah dan Perlis

Mat Rempit KL kalau dengar lagu ni mesti boleh willy motor diaorang sampai tercabut tayar belakang

Aku tak reti nak yakinkan orang, korang click je video kat atas, then korang pasti setuju dengan aku, mesti punyalah!

Lagu ni pasal sorang balak yang asyik kena tipu je dengan awek dia, ops!

ENJOYYYYYYYYYY!!!!

(Translation)

You come to me with a sad face
and tell me that we can’t get along.
You say I’m too good, for you.
But those words are too easy.
You acting like I’m a vegetable, a fish, not a man.

You pretended to be good.
You said, you have no one new.
You wanted to rest your heart
and didn’t want anyone else involved.

No matter what you say I wouldn’t believe you.
Someone like you, timid on the outside fierce on the inside.
Despite the warnings I didn’t listen.

No matter what you say I wouldn’t believe you.
Fresh faced, fierce hearted, not to be believed.
In your past how many people have you done this with?
Have you ever counted?

Even though I still love you.
Everyone can see it.
But I won’t let you trick me any more.
Tommorrow I will to go,
I don’t want to meet the blackhearted.
I won’t believe in words anymore.

You pretended to be good.
You said, you have no one new.
You wanted to rest your heart
and didn’t want anyone else involved.

No matter what you say I wouldn’t believe you.
Someone like you, timid on the outside fierce on the inside.
Despite the warnings I didn’t listen.

No matter what you say I wouldn’t believe you.
Fresh faced, fierce hearted, not to be believed.
In your past how many people have you done this with?
Have you ever counted?


Sekuat mana kita berusaha...

Baca sampai habis coretan ini dan saksikan video di bawah. Sebelum itu, ini adalah kata-kata bos saya;

"Salam, satu sharing yang teramat baik yang sepatutnya dikongsi dan direnung oleh semua. Saya menangis melihat video ini." - Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Husamuddin Yaakob.

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ujian merupakan lumrah di dalam kehidupan, ada yang diuji dengan sedikit penderitaan di segi kekayaan, ada yang diuji dengan kerenah anak-anak, ada yang diuji dengan kesukaran pekerjaan, ada yang diuji dengan rakan yang mengambil kesempatan, ada yang diuji perasaannya dan ada yang diuji dengan kekurangan anggota tubuh badan.

Namun, semuanya adalah dari Allah SWT Yang Maha Berkuasa dan Allah SWT mahu melihat sejauh mana kita bersyukur menerima apa sahaja yang telah ditentukannya kepada kita sebagai hambanya.

Adakah kita bersedia menerima ujian dengan penuh ketabahan atau kita menyesali apa yang berlaku? Begitu banyak perkara yang berlaku di dunia ini ada penuh dengan kegembiraan dan ada juga penuh dengan kedukaan kerana itulah sebenarnya warna-warna kehidupan yang mencorakkan dunia ini.

Kita perlu mencari yang terbaik dan yang terbaik itu hanya akan dapat dijadikan sebagai realiti sekiranya kita berusaha untuk mendapatkannya dengan bersungguh-sungguh.

Kita hanya mampu untuk berusaha dan yang menentukan sama ada kita berjaya atau tidak adalah sebenarnya Allah SWT. Kita hanya menyediakan sebab dan natijah atau keputusan adalah milik Allah SWT.

Apa ertinya seorang yang tidak berjari apabila diberikan cincin, mungkin itu yang kita bayangkan, tetapi jika si kudung mengambilnya ia mungkin tidak dapat memakai di jari, tetapi boleh menjual untuk mendapatkan kewangan, yang penting apakah kebaikan yang mungkin dapat diperolehi dari apa sahaja yang berlaku.

Bukan hidup ini untuk mengeluh, tetapi hidup ini untuk memberikan yang terbaik agar kita dapat merasai akan kebesaran Ilahi merasakan walaupun serba kekurangan kita mampu untuk terus hidup seperti seorang yang sempurna.

Sekiranya apa sahaja yang diminta akan termakbul atau tertunai, mungkin manusia tidak akan dapat merasai erti kegembiraan, kesukaran demi kesukaran yang kita lalui akan memberikan perasaan kegembiraan setelah kita berjaya melepasi kesukaran tersebut.

Setiap kesukaran pasti ada kesenangan. Setiap kesukaran pasti ada kesenangan adalah dua ayat Allah dalam al-Quran untuk mengajar kita sebagai manusia yang lemah agar terus berusaha tanpa putus asa kerana janji Allah SWT pasti benar dan kita selalu dapat mengatasi segala kesukaran setelah kita berusaha bersungguh-sungguh.

Persoalannya sejauh mana kita bersedia untuk mendapatkan apa yang kita mahukan? Sejauh mana kita sanggup untuk merasai kesukaran demi kesukaran yang ada, sejauh mana kita bersedia melangkah untuk membina ribuan langkah seterusnya, sejauh mana kita sangguh dihina sehingga kita membukti kejayaan yang ingin digapai.

Sejauh mana kita sanggup berkorban untuk mencapai cita-cita dan harapan. Sekiranya kita takut kesukaran, kesukaran pasti akan datang jua, bukan senang nak senang, kalau takut susah, susah nak senang.

Kita perlu berusaha dan Allah SWT akan menentukannya, yang penting kita terus berusaha dan berusaha tanda kita percaya Allah SWT Maha Berkuasa untuk memberikan atau tidak kepada kita sebagai manusia yang penuh dengan ujian untuk menguji keimanan. Allah hu alam. - Lihatlah video di bawah

Tuesday, March 17, 2009

Mesti Baca - Rahsia Disebalik Bil Air Yang Melambung


Must read first....... ......


True Story

Jennifer and Jim kept getting huge water bills. They knew beyond a doubt that the bills weren't representative of their actual usage, and no matter how they tried to conserve, the high bills continue. Although they could see nothing wrong, they had everything checked for leaks or problems; first the water meter, then outdoor pipes, indoor pipes, underground pipes, faucets, toilets, w as her, ice maker, etc, all to no avail.

One day Jim was sick and stayed home in bed, but kept hearing water running downstairs. He finally tore himself from his sick bed & went to investigate, and stumbled onto the cause of such high water bills.
Apparently this was happening all day long when they were not at home.
Knowing that few would believe him, he taped a segment of the 'problem'
for posterity!

Now you can open the attachment & watch the video.

Klik di sini

Monday, March 16, 2009

Top Antivirus Software

Standard 9 PCW Rating: 92.0PCW Rating: 92.0PCW Rating: 92.0

1. BitDefender Standard 9

Performance: Superior, Ease of Use: Very Good, Features: Very Good, Price when ranked: $30,

Bottom Line: Inexpensive product received excellent scores in our performance tests, although its scan speed was sluggish.

VirusScan 2006 10.0 (Full Product) PCW Rating: 87.0PCW Rating: 87.0PCW Rating: 87.0

2. McAfee VirusScan 2006 10.0 (Full Product)

Performance: Superior, Ease of Use: Very Good, Features: Very Good, Price when ranked: $40,

Bottom Line: Relatively good heuristics help VirusScan provide solid protection. Phone support costs $3 per minute.

Anti-Virus Personal 5.0 (Full Product) PCW Rating: 85.0PCW Rating: 85.0PCW Rating: 85.0

3. Kaspersky Lab Anti-Virus Personal 5.0 (Full Product)

Performance: Superior, Ease of Use: Good, Features: Good, Price when ranked: $40,

Bottom Line: Program had the fastest response to new malware outbreaks. Interface is clean but not exceptional.

Anti-Virus 2005 (Full Product) PCW Rating: 83.0PCW Rating: 83.0PCW Rating: 83.0

4. F-Secure Anti-Virus 2005 (Full Product)

Performance: Superior, Ease of Use: Good, Features: Good, Price when ranked: $40,

Bottom Line: Solid performer responded quickly in tests and provides best breaking news on malware outbreaks.

Norton AntiVirus 2006 (Full Product) PCW Rating: 80.0PCW Rating: 80.0PCW Rating: 80.0

5. Symantec Norton AntiVirus 2006 (Full Product)

Performance: Good, Ease of Use: Very Good, Features: Very Good, Price when ranked: $40,

Bottom Line: Veteren utility offers solid threat detection and a nice interface. Phone support costs $30 per incident.

PANDA SOFTWARE Titanium AntiVirus 2005 ( Windows ) PCW Rating: 79.0PCW Rating: 79.0PCW Rating: 79.0

6. Panda Software PANDA SOFTWARE Titanium AntiVirus 2005 ( Windows )

Performance: Very Good, Ease of Use: Good, Features: Very Good, Price when ranked: $50,

Bottom Line: This former Best Buy performed well, but not exceptionally, in our newest nonspyware tests.

AntiVir Personal Edition 6.32 PCW Rating: 78.0PCW Rating: 78.0PCW Rating: 78.0

7. AntiVir AntiVir Personal Edition 6.32

Performance: Good, Ease of Use: Good, Features: Fair, Price when ranked: Free,

Bottom Line: AntiVir performed the best of the free programs, although it failed to clean several old macro viruses.

Avast! Home Edition 4.6 PCW Rating: 77.0PCW Rating: 77.0PCW Rating: 77.0

8. Alwil Avast! Home Edition 4.6

Performance: Fair, Ease of Use: Very Good, Features: Good, Price when ranked: Free,

Bottom Line: Free product has a slick media-player-style interface that hides some features. Scan speed was slow in tests.

PC-cillin Internet Security 2006 Home Security Pack Single User PCW Rating: 77.0PCW Rating: 77.0PCW Rating: 77.0

9. Trend Micro PC-cillin Internet Security 2006 Home Security Pack Single User

Performance: Fair, Ease of Use: Superior, Features: Good, Price when ranked: $50,

Bottom Line: Former Best Buy performed poorly in heuristics and zoo tests but has the best interface of the bunch.

AVG Free Edition 7.1 PCW Rating: 73.0PCW Rating: 73.0PCW Rating: 73.0

10. Grisoft AVG Free Edition 7.1

Performance: Fair, Ease of Use: Fair, Features: Fair, Price when ranked: Free,

Bottom Line: Free program has subpar heuristics and one of the clunkier interfaces among the products we tested.

Kerja Projek - Visual Basic 2005

Kepada Semua pelajar 2RK dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Pelajar dikehendaki memuat turun perisian Visual Basic 2005 Express Edition bagi melakukan kerja projek bagi mendapatkan 20% markah peperiksaan pertengahan tahun.

Perisian ini boleh dimuat turun di sini secara percuma.

Paparan depan lamanweb http://www.microsoft.com/express/2005/download/default.aspx

Browse lamanweb ini sehingga dapatkan paparan di bawah

Tekan butang 'Download'. Jika pelajar menggunakan pelayar Internet Explorer, jangan 'save' tetapi terus install dengan menekan butang 'run'.

Setelah siap 'install' perisian ini, pastikan pelajar mendaftar perisian tersebut bagi mengelakkan perisian tersebut boleh digunakan melebihi dari 30 hari.

Manual kerja projek boleh dimuat turun di sini.


Lima Tempat Tercemar Di Dunia

No. 1 - Bandar Chernobyl terkenal dengan letupan Reaktor Nuklear pada tahun 80an yang menyebabkan radiasi tersebar ratusan kilometer malah 100 kali lebih besar dari kesan Bom Atom di Hiroshima & Nagasaki. Dengan kepadatan penduduk 135 000 orang keseluruhan kota Chernobyl telah di kuarantin sehingga kini setelah puluhan tahun masih lagi terdapat zon berbahaya seluas 19batu persegi, di mana tidak ada satu kehidupan yang berada disana.

Chernobyl

No 2 - Dzerzinsk mempunyai populasi 300 000 orang dan ianya hasil dari pencemaran Senjata Kimia Perang Dingin antara US dan USSR, Bandar ini merupakan tempat Pengilangan & simpanan terbesar Senjata Kimia Tentera USSR. Toxic kimia merebak keseluruh system pengairan menyebabkan kadar kematian yang tinggi dihadapi penduduk Dzerzinsk

Dzerzinsk

No 3 - Linfen China bukanlah satu-satunya Bandar yang terkotor di China, Perlombogan Arang Batu adalah aktiviti utama di Bandar ini. menyebabkan sulfur dioksida & Carbon Monoxide tersebar diudara, kabus perang adalah permandangn biasa bg Linfen. Ianya juga banyak memberi efek terhadap pencemaran Air di bandar ini.

Linfen China

No 4 - Bandar Mailuu-Suu, Kyrgyzstan sering dilanda mala-petaka. Ianya merupakan salah satu tempat pemprosesan Uranium terbesar di dunia. Pembuatan Bom Atom adalah Tujuan kepada perlombongan Uranium ini, setiap tahun hamper 1.96 juta cubic meter hasil perlombongan sisa radioaktif.

Bandar Mailuu-Suu

No 5 - Bandar Norlisk, Russia pusat perlombongan bijih besi terbesar di dunia, Bandar yang didiami puluhan ribu buruh ini hanya untuk satu tujuan iaitu bekerja melombong bijih besi. Mengikut Pertubuhan Kawalan pencemaran PBB bahan aktif yang tersebar di udara Norlisk adalah Strontium-90, Cesium-137 and lesser evils, including hydrogen sulfide.

Bandar Norlisk, Russia