Friday, October 30, 2009

Sayangi Dan Bersyukur Dengan Kehadiran Seorang Yang Bergelar Suami

http://cikgunurul.files.wordpress.com/2007/11/595897222l.jpg

Suatu Perjalanan


"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menunding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."

Teringat pesan arwah ayah di suatu petang........

"Arwah ayah dulu bila mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Kampung Melayu cari mee hoon sup. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada mak. Muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," arwah ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di penghujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

Silap Isteri

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingati melalui sabdanya yang bermaksud:

"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka"

Seorang wanita lalu bangun bertanya,"Apakah yang menyebabkan demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"

Rasulullah SAW menjawab,"Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

Yang Lebih, Yang Kurang

"Awak beruntung ya, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

"Suami saya juga apa kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap," jawab saya supaya dia buka mata.


"Ada suami yang tak pandai urusan rumahtangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami.

Engkau Terbaik Untukku

Menyentuh_hati_1


"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai insan bergelar isteri, marilah bermuhasabah diri. Pohon keampunan dari ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istigfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintakan kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan berlengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, "Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini."

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Saling berpesan-pesan kepada kebaikan.

Saturday, October 24, 2009

Mari Bermain Dengan Debu

Kalau dah ukir lukisan cam nie, sayang pulak nak basuh keta








Monday, October 19, 2009

Macam-macam

Bila duk bercuti panjang nie kena lak tak jadi hantar si angah ke asramanya, bolehlah melayari lamanweb orang lain. Sambil membaca artikelnya, terjumpa lak artikel menarik membabitkan kerenah bangsa lain. Hanya kerana CD sekeping sanggup membunuh.

Kalau nak baca, di sini saya turunkan artikelnya.

Hasilan dari lamanweb Mazidul

Ini Nepal Punya!

Jika meminjam barang milik orang lain, kembalikan semula selepas digunakan. Mungkin itu mesej boleh dipelajari daripada entry ringkas ini.

Berikut kisahnya.

Jam 7 malam, warga Indonesia, Wan, berusia lingkungan 30 an dibelasah sehingga mati dua rakyat Nepal. Motif? Wan gagal memulangkan cakera padat, CD dipinjam daripada suspek. Kejadian berlaku di Kampung Batu Chondong, Juasseh Tengah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Jaafar Baba, mereka bertiga, pekerja kolam ikan dan tinggal sebumbung di rumah disediakan majikan.

"Kamu jangan 'klaim' ini CD kamu punya! Ini Nepal punya!"

Mungkin begitu jeritan warga Nepal terbabit sebelum menyerang Wan. Maklumlah, Indonesia kebelakangan ini sering 'mengklaim' pelbagai entiti milik mutlak mereka.


Eh! Berapa harga CD asli? RM40? Berapa pula harga CD cetak rompak? RM10? Logik akal, berkemungkinan besar mereka tidak membeli CD asli kerana harga lebih mahal. Jadi, maksudnya harga nyawa warga Indonesia itu tidak lebih RM10 sahaja.

Bagaimanapun saya percaya, kerajaan Indonesia tidak akan 'bikin ribut' berhubung kes ini kerana mangsa bukan dibunuh warga Malaysia.

Syukurlah.

Paling pening, taukeh kolam ikan. Bukan sahaja terpaksa mencari 3 pekerja pengganti malah jika pekerja terbabit dalam kes jenayah itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah, dia boleh dituduh melindungi pendatang tanpa izin. Siang nanti saya akan menghubungi Superintendan Jaafar, ingin bertanyakan status dokumen mereka. Nanti saya kongsikan bersama pembaca.

Update Jam 12.38 tadi Superintendan Jaafar menghantar SMS berbunyi 'Suspek dan mangsa, kosong, tiada dokumen perjalanan'

Sunday, October 18, 2009

Layan......................

Kalau dah terlampau taksub dengan online game, ginilah jadinya



Bekas Presiden US kena Voodoo.......ehe

Monday, October 5, 2009

Vios Di Thailand











Kerenah Pemandu Wanita

Rase-rasenya pemandu wanita di Malaysia tak macam nie, kut.

Wow.............. Nak Ler Satu

Saturday, October 3, 2009

Renung-renungan

Jangan Mencari Terlalu "Sempurna"


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail....
Hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja.....

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya......
Ketajaman mata kail kamu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup....

Begitulah juga.....

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.....
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu.....
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya......
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja.....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu...
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu...

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada....
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh...

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja....
Kerana apabila ia mulai RETAK ..... tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula....
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja.....

Begitulah juga.....

Jika kamu sedang memiliki seseorang... TERIMALAH dia seadanya....
Janganlah kamu terlalu megaguminya dan menganggapkan dia begitu istimewa...

Anggaplah dia manusia biasa...
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN... tidaklah sukar untuk kamu
MEMAAFKANNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya....
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja....

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi.....

Yang kamu pasti baik untuk diri kamu....
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ...
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain...
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN....
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi...
Kamu akan MENYESAL....

Begitulaj juga....

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN...
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu....
MEYAYANGIMU... MENGASIHIMU... dan MENCINTAIMU...
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN....
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila ia menjadi milik orang lain....
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi....

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna.
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHAN sebagai manusia biasa
Serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI...
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA...
Itu lebih BERMAKNA..!

Begitu hidup ini tiada yang abadi...
Yang patah kan tumbuh, Yang hilang Kan berganti..
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang.

Friday, October 2, 2009

Peksa........peksa

Bila dikenangkan zaman masa ambik peperiksaan besar dulu....... Eeeeee.... Tobat, kalau suruh ambik balik memang tak nak.

Pada para pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM, cikgu harap dan doakan semoga berjaya. Yang pasti bila berada di dalam dewan peperiksaan dan bila menjawab soalan tu, jangan gabra.

Baca dan fahamkan dulu soalan bila menjawab, ya.

Tontonlah dulu video nie, kurang-kurang dapat merehatkan minda anda.

A......Alahai..............

Sorry bebanyak ler kerana dah lama tak update blog nie. Memang sejak akhir-akhir nie bukan nak bangga diri tapi memang agak sibuk dengan kerja yang sememangnya tak pernah abis.

Tapi rasenya tak terlewat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca blog ini.