Friday, January 1, 2010



Bila terjadi sesuatu peristiwa yang menyayatkan hati sepertimana yang terjadi kepada penumpang bas Sani Express, aku rasa seolah-olah mereka yang menaiki bas express ni sengaja menempah maut.

Apa tidaknya, boleh dikatakan pemandu bas ini sebenarnya memandu bukan memikirkan keselamatan penumpang mereka tetapi lebih mementingkan berapa banyak trip yang mereka boleh buat dalam satu hari. Aku pun dulu merupakan penumpang setia kepada kebanyakan bas express yang menghala dari Tanjung Malim ke Johor Bahru.

Walaupun peristiwa kemalangan yang berlaku tu dah lama berlalu, bohonglah kalau mana-mana mereka yang pernah menaiki bas express ni kata mereka tak kecut perut kalau duduk kat seat belakang drebar bas express semasa mereka memandu. 

Pernah sekali tu bila aku turun dari platfom menunggu kat puduraya menghala ke bawah menuju ke arah bas express yang bakal aku naiki. Tanpa mematikan enjin bas, pemandunya terus menuangkan minyak hitam tambahan kedalam enjin.

Kalaulah bas tu boleh bercakap, sure merintih dia mintak simpati supaya dapat direhatkan sekejap.



0 comments: