Saturday, January 9, 2010

Kontroversi Penggunaan Kalimah "ALLAH"



Dr. Mahathir Mohamad
 

1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah "Allah" untuk agama yang bukan Islam.

2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.

3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.


4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.

5. Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".

6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.

8. Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.

9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?

11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua'lam.



Komen saya:

Salam saudara/i Islam ku,

Ketepikan semua segala fahaman politik demi mempertahankan maruah agama kita apabila mudah pihak yg mempunyai agenda tersirat/jahat ini ingin mengunakan kalimah ALLAH. Marilah kita bersatu-padu. Di sini terletak ujian kepimpinan dan kewibawaan kerajaan sekarang dan Majlis Raja-raja yg kononnya mempunyai berkuasa mempertahankan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi. Sekiranya tiada tindakan dilakukan/diambil secara drastik dan menyeluruh nescaya anak cucu kita di zaman akan datang sudah tentu menyalahkan kita atas alasan kebodohan dan kelembaban kita dalam menyelesaikan isu ini. Jangan hanya memandang remeh-temeh isu kalimah ALLAH ini.

Apa yg paling kita khuatiri ialah akan ramai anak muda kita akan murtad dan hilang pedoman disebabkan banyak penyelewangan yg dibuat oleh puak Herald ini. Ingat lah jika kita hanya berpeluk tubuh dan membiarkan org mempersendakan kalimah ALLAH ini, nescaya negara kita jgk bakal dilanda bala daripada ALLAH. Peganglah pada janji2 ALLAH kepada sesiapa yg memegang teguh dan yakin serta mempertahankan agama ALLAH ini. 

Sekiranya anda ingin mengutarakan pendapat anda tentang isu ini, sila layari blog Tun M.

Wassalam
-Wady-




P/S :  Sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia, terfikir di dalam benak fikiran ini mengapa akhbar Herald nak sangat membawa permasalahan ini di Malaysia dan bukan di negara lain yang juga mempunyai ramai orang Islam. Mengapa mesti di Malaysia?. 

Tetapi sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia yang menjunjung keamanan, saya membantah dan marah kepada mana-mana pihak yang sengaja mencari sebab dan kesempatan demi kepentingan sendiri mengeruhkan suasana dengan membuat huru hara membakar rumah suci penganut agama lain.




" Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang
selalu menegakkan (kebenaran) Karena Allah, menjadi saksi dengan adil.
dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu
untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, Karena adil itu lebih dekat kepada takwa.
dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan " Al-Maidah;Ayat 8.

0 comments: