Monday, January 25, 2010

Padah Menghina Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail



BANGI: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan siasatan terhadap seorang penulis blog yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Institusi Raja-Raja Melayu.
Beliau yang memandang serius perkara itu berkata beliau juga akan meminta Peguam Negara untuk membuat siasatan mengenainya selepas SKMM membuat siasatan awal.

"Kerana ini adalah salah satu daripada perkembangan di negara kita yang tidak perlu dipanjang-panjangkan.

"Kita mahu rakyat menghargai mereka yang sudah memberi banyak sumbangan kepada negara dan sangat jarang sekali di negara Asia, rakyatnya menghentam bekas ketua negeri, terutamanya Almarhum Sultan Johor yang pernah menjadi Yang diPertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Serantau Seabad Buya Hamka di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan terhadap seorang penulis blog, dikenali sebagai Aduka Taruna yang mengeluarkan kenyataan liar mengenai kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.



Semalam lebih 500 orang berkumpul berhampiran Mahkamah Johor Bahru membantah kandungan tempelan blog sama dan sebanyak 25 laporan polis telah dibuat.

Kes akan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bersama Akta Hasutan 1948.

0 comments: