Saturday, January 9, 2010

Platfom Pemandangan Yang menarik Di Dunia

1. Dachstein Sky Walk ( Austria )



Dikenali juga dengan nama "balcony of the alps," ketinggian Dachstein Sky Walk adalah 2,700 meter dari paras laut.


2.  Aurland Lookout ( Norway )



Arkitek Todd Saunders dan Tommie Wilhelmsen diberi tugas untuk membina platfom 2'000 kaki di atas Aurland fjord di negara Norway. Penghujung platfom dilapisi dengan lapisan cermin bagi memudahkan pelancong melihat keseluruhan pemandangan.


3. Grand Canyon Skywalk ( Arizona - USA )




Platfom berbentuk ladam kuda ini berada kira-kira 4000 kaki  dari lantai Grand Canyon dan memanjng 65 kaki kehadapan. Ia dibina dari lapisan cermin setebal 4 inci dan bagi memastikan lantainya tidak tercalar, pengunjung diwajibkan memakai sepatu kalis calar.


4. Suspended platform at Iguazu Falls ( Brazil and Argentina )





Dibina di penghujung air terjun sedalam 80 meter memberi pemandangan yang sangat menarik. 


5. Auckland's Sky Tower ( New Zealand )





Menara Auckland  Sky Tower dengan ketinggian 328 meter merupakan menara paling tinggi di selatan hemisphere. Memerlukan 2000 tan besi yang diperkukuhkan, 660 tan struktur besi dan 15,000 kubik meter konkrit untuk membinanya. Menara ini juga boleh menahan kelajuan angin sekuat 200 km/j dan gegaran gempabumi sekuat 8 skala rekter. 


6. Illawarra Fly Tree Top Walk ( Australia )





Dibuka kepada pengunjung 5 bulan selepas pembinaannya tamat. Pengunjung boleh berjalan dan melihat pemandangan 25 meter di atas canopi hutan hujan. 
  
7. Landscape Promontory ( Switzerland )



Dibina oleh Paolo Bürgi sebagai sebahagian daripada projek Cardada yang dibina di puncak gunung Cardada yang dijangka siap pada tahun 2010. Platfom ini dibina daripada besi dan titanium membolehkan pengunjung menikmati pemandangan sekitar pergunungan dan Lago Maggiore.



8. Infinity Room at House on the Rock ( Wisconsin - USA )





Secara rasminya dibuka pada tahun 1959. Secara umumnya kompleks yang terdiri daripada bilik, jalan, taman dan kedai direka oleh Alex Jordan, Jr.dibina di Spring Green, Winconsin.

9. Il binocolo ( Italy )





Berada di dalam taman  Istana Trauttmansdorff di Itali, platfom ini dibina sehingga terkeluar daripada himpunan pokok. Mengambil makna teropong (the binoculars),  dibina oleh arkitek bernama Matteo Thun.

10. Top of Tyrol ( Austria )

 


Dibina kira-kira 3000 meter dari paras laut di  Stubai Glacier, Tyro. Struktur besi yang digunakan untuk membina platfom ini tahan dengan cuaca sejuk yang melampau membenarkan ianya mengunjur 9 meter kehadapan menyebabkan pengunjung dapat melihat glasiar Stubai dengan jelas.


0 comments: