Sunday, June 6, 2010

Menghapus Lipas Di Rumah

Ha... ha.... ha.... Kali ni kita cerita pasal Lipas. Kalau nak cerita, ada ribuan cara kita nak membunuh serangga pra sejarah nie.

Salah satu cara ialah dengan memijaknya. Lipas betina mempunyai ribuan telur di dalam perutnya. Telur ini tidak mudah pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan di merata-rata tempat. Jika lipasnya dah terpenyek akibat dipijak, pastikan tempat tersebut dibersihkan dan dilap sebersih-bersihnya dengan air dan sabun.


Membunuh lipas dengan cara menyembur dengan racun perosak adalah cara yang paling tidak praktikal dan merugikan. Terdapat cara paling menjimatkan iaitu dengan menggunakan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak sahaja lipas, gunakan spray yang telah dibubuh air sabun.

Lipas akan mati cepat sebab ia tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air sabun akan menutup lubang nafas lipas tersebut.

Cubalah petua ini, insyaAllah akan berjaya dan sekurang-kurangnya dapat menjimatkan duit poket kita.

0 comments: