Monday, June 7, 2010

Panduan Memandu Ketika Kecemasan


BREK GAGAL BERFUNGSI
* Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
* Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
* Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
* Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
* Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.

KENDERAAN TERBABAS
* Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera.
* Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
* Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.

PEMECUT TERLEKAT
* Jika Jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
* Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
* Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan.
* Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak.
* Jikalau gagal hubungi mekanik.

BONET TERBUKA
* Brek secara beransur-ansur.
* Naik ke atas bahu Jalan.
* Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
* Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.

TAYAR PECAH
* Pegang stereng dengan erat.
* Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
* Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
* Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
* Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
* Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
* Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.

LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM
* Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda.
* Pegang kan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
* Naik ke atas bahu Jalan jauh dari aliran lalu lintas.
* Hentikan kenderaan dengan segera.
* Nyalakan lampu kecemasan.
* Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna Jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.

KENDERAAN TERBAKAR
* Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik.
* Hentikan kenderaan dengan segera.
* Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
* Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh.
* Gunakan alat pemadam.
* Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan segera sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan minta bantuan pihak bomba.

TERPAKSA BERHENTI DI ATAS LEBUHRAYA
* Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
* Lampu hadapan dinyalakan rendah diwaktu senja, malam dan waktu hujan.
* Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
* Jika kenderaan berhenti di selekoh, dipuncak bukit atau kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalulintas.
* Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
* Angkat bonet dan dapatkan bantuan.

CERMIN HADAPAN PECAH* Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti ditempat yang selamat.
* Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.
* Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
* Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

MENGHADAPI SESUATU KEMALANGAN
* Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak.
* Hala ke arah bahu Jalan disebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya.
* Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan.
* Jangan cuba membelok kesebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.
* Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelakkan kemalangan.

0 comments: