Saturday, February 20, 2010

Kalaulah....................Ehe



Kalaulah kereta baru anda dihantar ke rumah dengan cara pembungkusan begini, tak ke unik. Ha...ha..ha, Ini bukanlah satu realiti yang sebenar. 

Syarikat pengeluar kereta Mini Cooper, saja buat promosi gempak dan mahu melihat reaksi bakal pelanggan mereka. 

P/S : Teringat masa kecik-kecik dulu, siap cari kotak besar nak buat keta. Punya ler seronok zaman tu.

Friday, February 19, 2010

Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA)







SEORANG wanita yang memakai kot bulu haiwan berharga ratusan ringgit sedang berjalan-jalan di sebatang lorong apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul di hadapannya.


Lelaki misteri itu kemudian mengeluarkan sebatang kayu lalu memukul wanita tadi hingga pengsan.
Tanpa mempedulikan orang ramai yang lalu-lalang, lelaki itu terus menanggalkan kot bulu haiwan yang dipakai wanita itu sebelum melarikan diri.

Senario itu sememangnya menakutkan, namun ia bukan sedutan daripada drama atau filem Hollywood terkenal sebaliknya hanyalah sebuah klip video yang bertajuk Fur is Dead yang boleh dilihat melalui laman web Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA).

Apa yang pasti, mesej yang tertera pada akhir klip video berdurasi kurang seminit itu iaitu ‘Bagaimanakah jika anda dibunuh kerana kot bulu haiwan yang dipakai?’ jelas menunjukkan betapa seriusnya pertubuhan itu memperjuangkan hak asasi haiwan di seluruh dunia.



AKTIVIS PETA mengadakan demonstrasi di Washington DC baru-baru ini bagi mendesak pihak NASA menghentikan uji kaji ke atas monyet.



Agresif dan lantang dalam menyuarakan polisinya, PETA semakin berkembang dan mendapat sokongan daripada ahli politik, selebriti dan media massa antarabangsa.

Selepas hampir dua dekad, pertubuhan itu dianggap berjaya membuka mata banyak pihak berhubung usaha yang dilakukan termasuk meningkatkan kualiti hidup dan mencegah penganiayaan dan pembunuhan haiwan.
Memetik kenyataan Presiden PETA, Ingrid Newkirk dalam laporan tahunan persatuan itu pada 2004: “Semua orang perlu makan, jadi kami telah melakukan pelbagai usaha untuk tidak hanya membendung penganiayaan yang berlaku di ladang ternakan dan rumah sembelihan, bahkan mempromosikan diet vegetarian.”

Menurut Newkirk, pihaknya telah berusaha memastikan syarikat-syarikat tidak menjual barangan daripada bulu haiwan, memboikot pengeluaran bulu kambing biri-biri merino Australia dan menghentikan penggunaan haiwan sebagai bahan uji kaji.

Kejayaan

“Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa ekor gajah sarkas mahupun yang dipamerkan di zoo telah dihantar ke tempat yang lebih selamat. Sukan rodeo juga dilarang manakala syarikat yang bertindak kejam terhadap haiwan telah didenda.


SAYUR ganti ayam turut menjadi agenda PETA.



“Kami turut mendidik jutaan kanak-kanak tentang hak-hak haiwan melalui rangkaian tenaga pengajar dan sistem pendidikan yang disediakan,” kata Newkirk.

Pertubuhan itu mula mendapat perhatian selepas kejayaannya mendedahkan kes penganiayaan yang dilakukan oleh para penyelidik terhadap monyet di Institut Penyelidikan Tingkah Laku Silver Spring, Maryland, Amerika Syarikat pada tahun 1981.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pihak berkuasa telah melakukan serbuan sebelum mengheret mereka yang bertanggungjawab melakukan kekejaman terhadap haiwan ke mahkamah.

Pendedahan itu turut membawa kepada pindaan Akta Kebajikan Haiwan pada 1985 bagi memastikan para penyelidik tidak melakukan kajian yang boleh mengakibatkan penderitaan terhadap haiwan makmal.
Kejayaan lain yang dicapai PETA ialah menghentikan penggunaan haiwan sebagai bahan ujian dalam industri kosmetik.

Benetton merupakan syarikat pertama yang menghentikan ujian seumpama itu, disusuli nama-nama besar dalam industri itu seperti Avon, Revlon dan Estee Lauder. Sedekad kemudian, Gillette juga mengumumkan penangguhan berhubung ujian yang sama.

Pendedahan PETA mengenai penggunaan haiwan di makmal turut memberi tamparan kepada syarikat jus terkemuka, POW.

Selepas berunding selama hampir dua tahun dan lebih 400 demonstrasi dilakukan di seluruh dunia, gergasi syarikat makanan segera, McDonald’s akhirnya bersetuju untuk meningkatkan tahap kebajikan dan penjagaan haiwan ternakannya di ladang.



BULU biri-biri merino Australia turut diboikot kerana dianggap menganiaya haiwan itu.



Dalam tempoh beberapa tahun selepas itu, beberapa syarikat makanan segera seperti Burger King, Wendy, Safeway, Kroger dan Albertson pula bersetuju untuk memperkenalkan garis panduan yang ketat dalam meningkatkan kualiti hidup haiwan yang disembelih untuk dijadikan makanan.

Sokongan selebriti
 
PETA bukan sahaja menggunakan pendekatan media secara agresif tetapi turut bekerjasama dengan ramai selebriti terkenal. Antaranya termasuk Paul McCartney, Pamela Anderson dan Sarah Jessica Parker untuk menjayakan pelbagai kempen di seluruh dunia.

Antara kempen yang paling diingati dan masih berjalan sehingga kini ialah Fur Is Dead yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap eksploitasi bulu haiwan bagi tujuan fesyen.

Pamela Anderson misalnya, pernah berbogel dalam kedai pereka fesyen terkenal Stella McCartney sebagai tanda menyokong kempen yang dijalankan PETA sejak 2006 itu.

Pamela juga mengeluarkan kenyataan di Contactmusic: “Saya hanya mahukan Stella McCartney sebagai hadiah Krismas saya. Setiap kali memakai pakaian rekaannya, saya rasa begitu selesa dan tidak terasa ada hidupan yang mati pada pakaiannya.”


AMBER CHIA dalam gaya seekor harimau terkurung.



Langkah itu diikuti oleh penyanyi bersuara lantang, Christina Aguilera. Aguilera bersetuju untuk berbogel untuk PETA dalam bentuk kad Krismas di laman web e-Cards pada tahun 2007.

Selain itu, supermodel dan pelakon terkenal seperti Christy Turlington, Naomi Campbell, Eva Mendes dan Alicia Silverstone juga pernah bergambar bogel dalam satu poster PETA yang tertera slogan” “Saya lebih rela berbogel daripada memakai pakaian daripada bulu haiwan.”

Bagaimanapun tidak semua artis yang menyokong kempen yang dijalankan. Penyanyi Beyonce Knowles merupakan antara selebriti yang telah disenarai hitam oleh PETA kerana mengagung-agungkan pakaian yang diperbuat daripada bulu haiwan.

Malah dalam kempen terbaru PETA Asia Pasifik, PETA telah menggunakan poster seorang model terkenal Malaysia Amber Chia.
Tubuh Amber seakan-akan berbogel dengan dihiasi lukisan belang seperti harimau terkurung di dalam sebuah sangkar dan mesej ‘Biarkan Haiwan Liar Bebas’.
Poster itu juga sempena Tahun Baru Cina yang jatuh pada Tahun Harimau tahun ini.
Selain Amber, aktres Bollywood, Shilpa Shetty juga pernah bergambar bagi kempen yang sama dengan mesej tertera Dipukul, Kesunyian dan Teraniaya.

PETA di Malaysia

Seperti di negara lain, pertubuhan itu turut aktif menjalankan kempen di Malaysia.
Baru-baru ini, PETA Asia Pasifik menganjurkan kempen menggalakkan orang ramai mengamalkan diet sayur-sayuran dan menyaksikan salah seorang aktivisnya, Ashley Fruno, 23, mengenakan pakaian yang diperbuat daripada sayur-sayuran.

Kempen selama satu jam itu disertai kira-kira 30 ahli PETA yang berkumpul di hadapan pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur bagi membangkitkan kesedaran kepada generasi hari ini mengenai pentingnya menjaga kesihatan dan pemuliharaan haiwan.

“Saya tahu bukan mudah untuk mengubah minda serta perspektif seseorang itu terhadap sesuatu perkara kerana ia perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

“Namun, saya percaya dengan kempen berterusan, masyarakat akan memahami serta sedar mengenai kepentingan mengamalkan diet sayur-sayuran,” katanya.


Sementara itu, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor berkata, kempen agresif yang dilakukan PETA telah berjaya membuka mata banyak pihak mengenai penyalahgunaan hak asasi haiwan yang berlaku di seluruh dunia.

Menurutnya, salah satu kejayaan kempen PETA ialah tindakannya memboikot penggunaan bulu haiwan dalam industri fesyen yang telah berjaya meraih simpati masyarakat termasuk di kalangan selebriti dan pereka-pereka fesyen terkenal.

“Penggunaan poster wanita tanpa berpakaian walaupun agak sensitif di sesetengah negara seperti Malaysia namun apa yang penting ia dapat mengurangkan jumlah haiwan yang dibunuh setiap tahun bagi tujuan itu.
‘”Mesejnya jelas, jika masyarakat di dunia bersatu dan tidak menggunakan bulu atau sumber yang berasaskan haiwan, sudah pasti kegiatan pemburu haram dan kepupusan haiwan dapat dihapuskan,” katanya.

Akhirnya Pijah (Norlaili Afizah) Balik


Riuh rendah hari ini apabila blogger Ondscene dan Syahril kadir mengumumkan berita baik iaitu Pijah (Norlaili Afizah) sudah balik kepangkuan keluarganya, Alhamdulillah. Aku tak sempat nak tengok berita TV3 malam tadi sebabkan kemaruk si ciqah (anak bongsuku) nak tengok kartun.

Apa-apa pun kat atas ni aku selitkan pengakuan si Pijah. Kekadang tu, perkara sebegini tak akan berlaku di sebelah pihak sahaja. Mungkin ada ikhtibar yang boleh kita ambil dan pelajari darinya.

P/S : Lahabau betul Mat Indon nie. Kalau aku dapat, for sure jadi sandwich aku kerjakan.

Thursday, February 18, 2010

Haji Hadi Terjun Laut Selamatkan Mangsa Lemas


 
Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.


 Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya. Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa.

  

P/S : Begitulah adat seorang pemimpin. Alhamdulillah, semoga dipanjangkan umur dan murah rezekinya.

Wednesday, February 17, 2010

Edcoustic – Muhasabah Cinta


Lirik
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Back to Reff
Back to *
Repeat Reff 2x

P/S : Kalau berminat dengan lagu ini, belilah yang original, ya.

Monday, February 15, 2010

Berjaga-jaga Bila Mengakses Blog Ini


Baru je tadi sambil-sambil dok relax melayari internet dan mengakses blog isuhangat, cubalah buka artikel mengenai 'Rahsia Besar Orang Kerajaan Terbongkar!'.


Keluar pula paparan di atas. So..... atas nasihat Kaspersky...ehe. Tak beranilah nak meneruskan niat nak membaca artikel tersebut.

So..... Jaga-jaga. Komputer anda mungkin akan diserang virus ini.

Monday, February 1, 2010

2010 - Adakah Kita Mampu Untuk Melakukan Perubahan?


Adakah kita mampu untuk melakukan perubahan diatas kesilapan yang telah kita lakukan ke atas bumi tercinta ini? Adakah tahun 2010 merupakan tahun bermulanya perubahan yang patut kita lakukan perubahan tersebut?

Berhenti daripada merosakkan alam semulajadi. Setiap dari kita mempunyai tugas untuk menjaga alam semulajadi.

Maka lakukan tugas tersebut.