Friday, March 12, 2010

Statium Terapung Singapura

Serasa-rasanya, stadium ini dah pun digunakan untuk merayakan hari kebangsaan republik itu tahun lepas.


Ha....ha...ha... Kerajaan merayakan hari kebangsaan dia, rakyatnya pula berduyun-duyun keluar dari republik beraya sakan kat luar negara seperti Malaysia.


Kalau orang Johor, stadium terapung ni dah biasa lihat. Tapi orang dari negeri lain rasanya belum lagi. So.... ini ada beberapa gambar diambil. Disebabkan negara Singapura ni kecik sangat, so semua tempat dirasakan daya tarikan pelancong ditempatkan di kawasan sempit. Sehinggakan dah tak de lagi tempat nak diselitkan padang, terpaksalah buatkannya terapung.







Wednesday, March 10, 2010

Keputusan SPM 2009


Esok merupakan hari yang paling berdebar dan ditakuti bagi pelajar yang telah mengambil peperiksaan SPM bagi tahun 2009.

Apa tidaknya, esoklah mereka akan mengambil keputusan peperiksaan. Sebagai setiausaha peperiksaan, esok pada pukul 9 pagi kena pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk membuat analisa keputusan peperiksaan bagi sekolah.

Result keputusan akan diberikan kepada calon dalam pukul 10 lebih. Pada pelajar-pelajar cikgu, yang berjaya cikgu ucapkan tahniah dan teruskan perjuangan hidupnya dengan jayanya.

Bagi mereka yang tidak berjaya, ingatlah pesan cikgu bahawa perjuangan untuk berjaya dalam hidup mesti diteruskan. Jangan cepat putus asa. Selagi ada keinginan untuk mencapai kehidupan yang cemerlang, usaha dari anda mesti diteruskan.

P/S : Bagi pelajar yang belum menjelaskan hutang, ingat...... bila datang kesekolah untuk mengambil result tu, bawa ler duit sekali, ya.

Sekitar Kilang Pemasangan Volkswagen