Sunday, April 25, 2010

Proton Exora Turbo........... Akan Datang Tahun Hadapan


Proton Holdings Bhd sudah menyelesaikan pembangunan enjin turbo yang bakal digunakan pada model kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya, Exora dengan pelancaran dijangka dibuat awal tahun depan. Sumber industri berkata, model Exora Turbo itu akan diperkenalkan pengeluar kereta nasional itu selepas pelancaran model gantian Waja serta model Persona berwajah baru akhir tahun ini.
“Model gantian Waja akan diperkenalkan bersama-sama Persona penampilan baru menjelang akhir tahun ini. “Sementara itu, kerja pembangunan enjin berkuasa turbo bagi Exora sudah selesai dan dijangka dilancarkan awal 2011,” kata sumber industri itu kepada Berita Harian. Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pengeluaran model
Exora Turbo itu mungkin pada peringkat awal akan dibuat pada skala kecil bergantung kepada permintaan pelanggan.
“Matlamat utama penghasilan Exora untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dengan ciri kenderaan itu yang selesa, selain harganya yang berpatutan,” jelasnya. Proton kini katanya, kembali mengukuhkan semula kehadirannya dalam industri automotif tempatan selepas pengenalan Exora. Mengenai model gantian Waja, sumber industri itu berkata, ia menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan
. Model sedan baru itu dijangka mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan juga antarabangsa dengan harga pengenalan di dalam negara sekitar RM80,000 seunit.
Justeru, model baru itu berada di landasan terbaik untuk memberikan saingan kepada kenderaan sedan keluaran syarikat automotif asing lain, katanya. Beliau berkata, Proton juga sedang mengkaji untuk memindahkan keseluruhan operasi pengeluaran kenderaannya di Shah Alam ke Tanjong Malim dan keputusan mengenainya dijangka diketahui pada awal 2011.
“Difahamkan mereka akan membuat keputusan sama ada men
jual atau menyewa kilang pengeluaran di Shah Alam, sebaik saja penilaian untuk memindahkan aktiviti di sana ke Tanjong Malim. “Beberapa pihak menyatakan minat untuk menyewa dan membeli kilang milik Proton di Shah Alam. Ia tentunya akan bergantung kepada harga yang ditawarkan kepada Proton,” katanya. Pemindahan keseluruhan operasi pengeluaran ke Shah Alam membolehkan Proton menjimatkan kos, justeru dapat dialirkan kepada aktiviti pembangunan produknya.

Tuesday, April 20, 2010

Model BMW Terpantas - Lebih Pantas Dari Lamborghini Dan Ferrari