Sunday, November 30, 2008

Mengapa Saya Memeluk Agama Islam

By Michael David Shapiro

Terjemahan dalam Bahasa Melayu pendedahan seorang yahudi Rusia bagaimana beliau memeluk agama Islam. Anda boleh membacanya dalam Bahasa Inggeris melalui lamanweb ini http://www.zaharuddin.net/content/view/716/72/


" Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha..... sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia "Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam... Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.

Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan... Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.

Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya'. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.

Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.

Lepas tu aku bertanya pada diriku "Mana aku akan mula?" Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja."

Ok, lepas tu.. "ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.... Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, '10 Commandments', Taurat, jiwa Yahudi...apa,.. apa jiwa Yahudi?

Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)'.... tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka...yang ada syurga je...kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci...macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini... Ok kita tengok isu lain pula...

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli'. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..

Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil... tak logik... aku tak percaya.

Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia'.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata "Bapa, kenapa aku dibuat begini?" Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan.... Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam....

Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.

Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku...yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament" atau Christianity di dalam ‘New Testament". Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab... memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"...

Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah "Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah "Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu... tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku... Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.


Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam.......kemudian aku mengucap syahadah...aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..

Allahu Akbar.......

Oleh Michael David Shapiro

Wallahualam.."

Saturday, November 29, 2008

Berperang Merebut Kentang

Rasa-rasanya siapa yang dapat kentangnya? Klik pada gambar untuk melihat iklannya.

BMW M1 Homma
















Friday, November 28, 2008

Sejarah Perkembangan Windows

Microsoft staff photo from Dec 7, 1978. From left to right:Top: Steve Wood, Bob Wallace, Jim Lane.Middle: Bob O'Rear, Bob Greenberg, Marc McDonald, Gordon Letwin.Bottom: Bill Gates, Andrea Lewis, Marla Wood, Paul Allen.

Kakitangan asal microsoft

Windows 1.0

Windows 2.0

Windows 3.0

Windows 3.11

Windows paling stabil yang pernah saya gunakan. Kenapa? tutuplah dengan tiba-tiba, ianya tidak akan menjejaskan kestabilannya.

Windows 3.11 for Workgroups

Windows 95

Bermulanya ketidakstabilan windows

Windows 98

Nak dikatakan hampir satu makmal masih lagi menggunakan windows versi ini. Tahun depan nak kena upgrade kan sebab dah nak mula tawarkan subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi pelajar Tingkatan 4.

Windows ME

Sekejap je guna kerana kemunculan Windows 2000. Masih lagi ada simpanan cd originalnya.

Windows 2000

Windows XP

Setakat nie...... selepas kemunculan siri-siri windows yang tak stabil.... pada saya, inilah yang terbaik dengan kemudahan mesra penggunanya.

Windows Vista

Ha..ha..ha... Yang ketara, ianya banyak kerenah.

Windows 7

Tak pernah lagi cuba........Must try

win7jpg.jpg

Another Leaked Screenshot

Screen shot mengenai windows 7

The new windows 7 desktop effect

Paparan effect baru desktop Windows 7


The new taskbar released in build 6933

Taskbar baru yang membenarkan anda melihat serentak semua program yang dibuka

The widgets can now float acroos the screen like in Mac

Widgets boleh terapung di tengah-tengah paparan skrin seperti mana yang terdapat pada Mac OS X

Finally, Windows has integrated remote search as well!

Peek a boo at the new windows media player 12 ( doesnt look all that different from WMP 11, does it?)

Windows media player 12 ( macam tak ada perbezaan pun dari versi WMP 11, betul ke?)


Enam Lagi Biskut Tercemar


SINGAPURA - Badan Keselamatan Pemakanan Singapura telah mengesan enam lagi biskut keluaran China yang didapati mengandungi kadar melamin berlebihan selepas menyelesaikan ujian terhadap semua produk tenusu keluaran negara itu.

Produk biskut terbaru tersebut ialah

1. Baby Looney Tunes Cream Filled Biscuits Assorted Family Pack

2. C & OK Vigour 888 Egg & Milk

3. Khong Guan Mini Burger Biscuit Bulk Pack

4. Liluo Fruit P.D. Almond Flavor

5. Potter Potato Chips Pizza

6. Tom & Jerry Cheese Balls.


Thursday, November 27, 2008

Wujudnya Si Tanggang Zaman Ini

Anak pegawai, ibu pengemis

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my


KANGAR: Seorang anggota kerajaan kumpulan A dipercayai tidak memperdulikan nasib kedua ibu bapanya, malah paling menyedihkan membiarkan kedua orang tuanya itu mengemis.

Pasangan warga emas dari Kodiang, Kedah itu dikesan mengemis di pasar malam di sini, sebelum ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Kebajikan Masyuarakat (JKM) Perlis dalam ‘Ops Menyelamat’, malam kelmarin.

Timbalan Pengarah JKM negeri, Mastura Abdul Rahim, berkata pihaknya sedih mendapati anak pasangan warga emas ini berjawatan tinggi tetapi tidak memperdulikan nasib ibu bapa mereka dan membiarkan mengemis menagih simpati orang ramai.

“Pasangan warga emas berusia 60-an itu dari Kodiang, Kedah, ditahan sedang mengemis di pasar malam berhampiran Stadium Utama Negeri, jam 8.45 malam.

Smile Cups











Anak Berang Digari Bapa

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

LAWAT...Rosly (depan) melawat mangsa yang cedera
ditembak anak sendiri di Hospital Sungai Buloh, semalam.

SUNGAI BULOH: Remaja berusia 15 tahun yang melepaskan tembakan rambang hingga mencederakan ibunya di bandar Country Homes, Rawang malam kelmarin dikatakan berang dengan tindakan bapanya menahannya ketika berada di sebuah kafe siber.

Difahamkan, bapa remaja terbabit yang juga seorang detektif polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berpangkat sarjan terserempak anaknya ketika menjalankan satu operasi sebelum itu.

Remaja terbabit kemudiannya dikatakan dibawa bapanya pulang ke rumah dalam keadaan bergari sebelum berlaku pertengkaran antara mereka berdua selepas remaja itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan itu.

Ketika pertengkaran itu, remaja berkenaan secara tiba-tiba hilang pertimbangan, masuk ke dalam rumah dan mengambil pistol jenis Glock milik bapanya yang disimpan dalam almari sebelum melepaskan tembakan rambang terkena rusuk kanan ibunya.

Malah, remaja terbabit sempat menyewa rumah tumpangan di Kuala Selangor ketika melarikan diri bersama rakannya sebelum ditemui polis kira-kira lima jam selepas itu.

Difahamkan, remaja itu memang agak nakal dan dia dikatakan sudah tiga kali ditukarkan sekolah kerana mempunyai masalah disiplin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan yang ditemui ketika melawat mangsa tembakan itu di Hospital Sungai Buloh (HSB) berkata, polis menahan suspek bersama seorang lagi rakannya di Kuala Selangor ketika menunggang motosikal.

“Polis turut menemui semula pistol digunakannya di dalam sebuah bilik di rumah tumpangan berhampiran lokasi suspek ditahan.

“Dia direman enam hari bermula hari ini (semalam) dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api ,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mengulas mengenai tindakan anggota polis berpangkat sarjan itu membawa balik senjata api ke rumah, beliau berkata itu tidak menjadi masalah kerana ia mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Sebagai seorang detektif, sarjan di bahagian jenayah dibenar membawa balik senjata api dan tindakan anggota itu adalah mengikut prosedur.

“Namun, tindakan diambil terhadap anggota itu bergantung kepada pihak tatatertib bahagian pentadbiran Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis menyiasat kemungkinan wujud faktor kecuaian dalam kejadian tembakan terbabit.

“Polis menyiasat jika remaja berkenaan memperoleh pistol itu disebabkan kecuaian bapanya yang bertugas sebagai detektif,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, polis mempunyai prosedur pengeluaran senjata api yang kemas dan ketat kepada pegawai dan anggota, bagaimanapun kadangkala berlaku kemalangan disebabkan kecuaian.

“Jadi kita siasat kes itu merangkumi semua aspek termasuk faktor kecuaian anggota terbabit dalam penyimpanan senjata berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, remaja terbabit dikatakan melepaskan tembakan rambang terkena rusuk kanan ibunya selepas gagal mengawal perasaan akibat berselisih faham dengan bapanya yang bertugas di IPD Petaling Jaya.

P/S - Bagaimana keadaannya kalau di sekolah? Kalau di rumah ibu pun boleh ditembaknya.

Awas Juruwang Curi Data Kad Kredit


HONG SUN (kanan) menunjukkan barang rampasan pada sidang
media di Bilik Gerakan Kompleks Kerajaan, Bukit Perdana semalam.


KUALA LUMPUR - Perbuatan empat juruwang hotel dan restoran yang bersekongkol dengan sebuah sindiket bagi mencuri data kad kredit pelanggan untuk diklon mengundang padah apabila mereka ditahan dalam beberapa siri serbuan di seluruh negara.

Serbuan yang dilakukan sejak beberapa bulan lalu itu bermula sebaik polis menjalankan siasatan selepas menerima maklumat dan laporan dari beberapa mangsa mengenai kegiatan tersebut.

Melalui serbuan itu, polis dapat menumpaskan tiga sindiket yang beroperasi di lima buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak dan Sabah dengan menahan 11 lelaki serta lima wanita berusia antara 22 dan 44 tahun.

Sindiket yang beroperasi sejak awal tahun itu telah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit dengan menjual maklumat dan data kad kredit mangsa melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sindiket-sindiket itu pula tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun berkata, selain itu, sindiket juga akan menempah tiket kapal terbang dan bilik hotel di luar negara melalui internet beberapa minit mendapat data mangsa.



Sunday, November 23, 2008

Dibaham Harimau

Harimau yang dikatakan membaham Nordin


Zoo Singapura dimana kejadian tersebut berlaku menjadi lengang dan kurang didatangi pelancong. Mengakibatkan pihak zoo terpaksa membuat publisiti melalui iklan di tv untuk menarik balik pelancong.

Klik untk membesarkan imej

Klik untk membesarkan imej

Klik untk membesarkan imej

Klik untk membesarkan imej


Rentetan kematian Nordin Montong yang bekerja di Zoo Singapura.