Thursday, September 10, 2009

Apalah Nak Jadi


Baru je dapat gambar yang diemailkan oleh kawan. Entahlah bila difikir-fikirkan mengapa begitu benci sekali mereka terhadap kita.

Padahal kesalahan yang terbaru bukannya berpunca dari kita. Dan pihak yang terlanjur dah pun memohon maaf.

Walaupun kita faham mereka yang melakukan perkara ini sebenarnya didorong oleh ahli politik yang tidak senang dengan keharmonian dan kemakmuran yang kita alami. Buktinya, berbondong-bondong rakyatnya datang ke Malaysia untuk mencari rezeki secara sah dan tidak sah. Malahan segelintir mereka ini mengoncang keamanan rakyat Malaysia dengan keganasan yang melampau.

Persoalannya............ Adakah rakyat ini membuat tindakan provokatif seperti menahan rakyat mereka di tengah jalan sepertimana yang mereka lakukan sekarang?


SEKUMPULAN warga Indonesia yang bersenjatakan buluh runcing menahan kenderaan untuk mencari rakyat Malaysia di Jakarta kelmarin.

Kekadang tu tergelak juga apabila TV3 tengah seronok mempromosikan pelancongan Indonesia, mereka membalas dengan mempromosikan keburukan Malaysia (kononnya) ke mata dunia.

Ada juga antara kawan yang mempersoalkan kebaikan kita yang melampau terhadap Indonesia sehinggakan sanggup untuk menaikkan lagi gaji pembantu rumah yang bekerja di sini.

Yang pasti, saya tidak membenci mereka. Dan rakyat Malaysia sama sekali tidak membenci Indonesia.

Saturday, August 29, 2009

Ha...Ha.....Layan........

Member hantar...

Kalau tak tengok, tak patut pulak, so...... layan juga ler tengok.

Kelakarlah pulak terjemahannya. Videonya tak berapa jelas.



P/S - Hanya hiburan, jangan ambik hati, ya...

Kesetiaan

Adakah isteri anda setia sepertimana yang anda sangkakan? Ehe.....................



P/S - Adalah biadab jika tak menyahut panggilan telefon berbanding membuat skandal dengan bini orang. (Orang putih punya tanggapan ler)

Gelagat Ahli Parlimen Eropah

Kalau seseorang itu dah menjadi tumpuan masyarakat, ada saja gelagat tak senonoh menjadi fokus utama jurugambar.





Jenis-Jenis Tudung Yang Ingin Dan Tak Ingin Kita Lihat


Tudung wardina


Tudung Yuna


Tudung angkatan tentera malaysia


Tudung Embryo Alien


Tudung A Knight's Tale


Tudung Minangkabau


Tudung Wind Catcher


Tudung Bandana


Tudung Permaisuri


Tudung Saji:-D


Tudung Rhinoplasty Healing Period


Tudung Check Pau Dah Masak Ke Belum


Tudung Chef Basah Kuyup


Tudung Pra-Insaf


Tudung Post-Insaf


cid:image014.gif@01C99827.5C44D090

Peringatan Kepada Yang Ingin Beringat



Tolong sebarkan yang baik.
HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO 9002 JABATAN
IMIGRESEN MALAYSIA

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from an ima l origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.
Please pass this message to our muslim friends.
Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.
Thank you

Thursday, August 27, 2009

Portal Kementerian Pelajaran jadi sasaran penggodam


LAMAN utama portal Kementerian Pelajaran yang berjaya diceroboh penggodam sewaktu ia diakses pada pukul 10 malam tadi sebelum disekat oleh penyelia web berkenaan.


KUALA LUMPUR - Portal Kementerian Pelajaran telah diceroboh selama lebih 24 jam oleh penggodam yang hanya dikenali sebagai Isarock sejak kelmarin.

Ia hanya disedari apabila wartawan Kosmo! cuba mengakses portal itu malam tadi dan mendapati laman utamanya telah digodam dipercayai individu dari negara jiran berdasarkan protokol internet (IP) yang ditinggalkan.

Selain meletakkan gambar serta alamat blognya, penggodam tersebut sempat mengucapkan "Selamat menjalankan ibadah puasa bagi anda yang menjalankannya.''

Wartawan Kosmo! menghubungi Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom yang terkejut dengan kejadian itu yang dianggapnya kes pertama dilaporkan setakat ini.

Beliau kemudian dipercayai telah bertindak menghubungi pegawainya sebelum akses ke portal berkenaan serta-merta disekat untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

P/S - bagaimana celarunya pengurusan sesuatu web kerajaan kalau boss tahu dulu baru anak buah nak buat sesuatu pembetulan. Sebelum ini, kes bagaimana pengodam boleh mengakses akaun pelanggan bank kita.