Tuesday, October 28, 2008

Kisah Ular Paling Buas Di Muka Bumi


Anaconda pantang lihat cahaya di dalam air.

Ular raksasa yang menjadi legenda di muka bumi ialah Anaconda. Kegerunan terhadap ular ini adalah kerana saiznya yang amat besar daripada ular-ular lain yang disaksikan manusia.
Laporan terhadap sifat ular ini berbeza. Ada yang berkata panjangnya kira-kira 22.5 meter (74 kaki) sementara ada pula yang menyebut Anaconda mempunyai panjang hingga 40meter (131 kaki).
Bagaimanapun seekor Anaconda yang dibunuh di Brazil pada tahun 1960 didapati berukuran 8.45 meter (27 kaki 8 inci). Panjang itu pun mengatasi ukulran mana-mana ular yang pernah dilihat di muka bumi.
Anaconda dan ular raksasa seumpama itu banyak terdapat di negara Amerika Selatan. Kebanyakannya mendiami tebing sungai dan ada yang sepanjang masa berada di dalam air sungai di negara seperti Brazil, Argentina, Paraguay, Peru dan Bolivia.
Ular raksasa itu ditakuti bukan kerana saiznya yang besar tetapi... kerana kegarangannya menyerang haiwan lain, manusia hinggakan kenderaan seperti perahu, bot dan kapal.
Seorang paderi yang bernama Victor Heinz berkat Anaconda mempunyai mata yang bercahaya dan berkilau sewaktu menyelam di dalam air. Jadi apabila ulau itu terlihat bot dan perahu yang berkilau maka lantas diserangnya kerana menganggap cahaya itu adalah musuhnya daripada jenis ular.
Untuk selamat menyeberangi sungai yang mempunyai Anaconda maka seseorang tidak boleh sama sekali membawa sebarang api atau lampu picit kerana cahaya itu akan pantas dikesan oleh Anaconda yang bersembunyi di dalam air. Pancaran cahaya akan mendorong Anaconda menyerang dan membunuh musuhnya.
Saiznya yang besar dan kepanjangan ular itu tidak mungkin boleh menyelamatkan manusia atau haiwan lain yang bertembung dengannya. Anaconda bukan sekadar boleh membunuh seorang atau dua orang dalam satu masa malah berupaya menumpas kumpulan manusia yang jumlah lebih daripada sedozen.
Pada tahun 1974 seekor Anaconda telah ditembak dan panjang ular itu adalah 22.5 meter. Seorang pelukis bernam Serge Bonacase yang menyaksikan pembunuhan itu berkata masyarakat di Brazil tidak pun terkejut dengan saiz ular ini kerana menganggap itu sebagai biasa saja.
Jadi bangkai ular dan tulangnya dibiarkan reput tanpa mempedulikan permintaan untuk membawa pulang ular itu ke Eropah untuk kaji selidik. Lagipun masyarakat asli Brazil merasakan di Eropah terdapat ular yang lebih besar daripada Anaconda.
Keganasan Anaconda dimuatkan di dalam sebuah buku berjudul On the Track of ther Unknown Animals karangan Bernard Henvelmans yang mencatatkan keganasan ular itu terhadap manusia.
Mengikut Bernard, ramai mangsa Anaconda mati di dalam air. InI kerana ular itu menyerang manusia daripada sungai. Mangsanya adalah kalangan pengembara yang menggunakan sungai untuk menjelajah belantara.
Sepanjang sungai Brazil di penuhi dengan Anaconda yang beraneka saiz. Anaconda besar bukan sekadar boleh membinasakan manusia malah boleh memecahkan perahu, bot dan kapal dengan sondolannya yang kuat dan pantas.
Kadangkala peluru senapang belum tentu mampu membunuh Anaconda. Ular itu yang terkena peluru menjadi semakin ganas dan memungkinkan ia menelan semua penumpang di dalam sesebuah perahu atau bot.
Tapi kini Anaconda sudah hilang dari sungai di Amerika Selatan. Keganasan manusia menyebabkan ular itu dibunuh hingga tiada lagi kesan untuk menyaksikan lagenda dan sejarah kewujudannya.

0 comments: