Thursday, July 24, 2008

Minuman beralkohol keluaran syarikat arak guna logo buah


MINUMAN tin keluaran syarikat minuman keras seakan-akan air tin berkarbonat di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Sekali pandang nampak seperti minuman berkarbonat tetapi peliknya disusun di bahagian minuman keras.

Itu yang menjadi tanda tanya di kalangan pengunjung di kedai terbabit yang meragui status minuman tersebut.

Lebih-lebih lagi maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak terlalu kecil dan sukar dibaca yang membuatkan pengguna menyangka bahawa mereka membeli minuman buah-buahan atau minuman ringan.

Keadaan itu nyata dapat dilihat di kedai-kedai serbaneka 24 jam walaupun ramai di kalangan masyarakat kita tidak menyedari ‘kemunculan’ keluaran terbaru salah satu syarikat pengeluar minuman keras.

Apa yang mengelirukan, corak tin minuman tersebut seakan-akan menyerupai minuman ringan terkenal lain.

Kosmo! yang dihujani dengan e-mel mengenai minuman keras itu yang kononnya boleh didapati dengan mudah ada benarnya.

Tinjauan di beberapa kedai serbaneka 24 jam di sekitar ibu kota semalam mendapati minuman tersebut sememangnya dijual secara terbuka.

Minuman yang ‘didatangkan’ dalam pelbagai perisa seperti oren, laici dan limau menggalakkan remaja terjebak dengan minuman beralkohol.

Harganya dalam lingkungan RM2 sudah pasti menjadi minuman utama di kalangan remaja yang belasan tahun.


0 comments: