Friday, July 11, 2008

Pemancing rugi, nilai sebenar ikan dijual 50 kali ganda

HONG KONG 25 April - Tiga pemancing yang menjual sekor ikan besar pada harga HK$20,000 (RM8,102), pastinya menepuk dahi kerana nilai sebenar ikan yang jarang ditemui itu berjaya mencecah HK$1 juta (RM405,000).

Akhbar Apple Daily melaporkan, ikan seberat 85 kilogram yang dikenali sebagai Chinese Bahaba atau nama saintifiknya Bahaba Taipingensis (sekeluarga dengan ikan kerakap), dipercayai yang terbesar pernah ditangkap di Hong Kong sejak sedekad lalu.

Salah seorang daripada pemancing tersebut, surirumah yang dikenali sebagai Mickey, sempat mengambil gambar dengan berbaring di sebelah ikan sepanjang 1.68 meter tersebut setelah berjaya dinaikkan selepas pergelutan selama 90 minit.

0 comments: