Tuesday, September 16, 2008

Mulalah Memberi

Terima kasih kpd En. Mairob krn sumbangannya

Seorang wanita cantik, kaya, dan hidup mewah merasa ada yang kurang dalam dirinya. Suatu hari, ketika tidak tahan dengan himpitan kekosongan dalam hidupnya , dia berjumpa seorang kaunselor , dan menyatakan dia ingin merasa bahagia.

Maka kaunselor tadi memanggil seorang wanita tua penyapu lantai dan berkata kepada si wanita kaya, "Saya akan menyuruh Rabi'ah untuk menceritakan kepada puan bagaimana dia menemui kebahagiaan. Saya ingin puan mendengarnya. "

Si wanita tua meletakkan penyapu, duduk di kerusi dan menceritakan kisahnya:

"Suamiku meninggal dunia akibat malaria dan tiga bulan kemudian anak tunggalku terkorban dalam kemalangan. Aku tidak punya siapa-siapa. Aku kehilangan segalanya. Aku tidak boleh tidur, tidak boleh makan, aku tidak pernah tersenyum kepada siapa pun, bahkan aku berpikir untuk mengakhiri hidupku. Sampai suatu petang seekor anak kucing mengikutiku pulang. Sejenak aku merasa kasihan melihatnya.

Cuaca sejuk di luar, jadi aku membiarkan anak kucing itu masuk ke rumah. Aku memberikannya susu dan dia minum sampai habis. Lalu si anak kucing itu bermanja-manja di kakiku dan, untuk pertama kalinya aku tersenyum.

Sesaat kemudian aku berpikir, jikalau membantu seekor anak kucing saja boleh membuat aku
tersenyum, maka mungkin melakukan sesuatu bagi orang lain akan membuatkan aku bahagia. Maka beberapa hari selepas itu aku membawa beberapa bungkusan biskut untuk diberikan kepada jiran-jiran yang sakit dan susah. Setiap hari aku cuba melakukan sesuatu yang baik kepada setiap orang. Hal itu membuat aku bahagia apabila melihat orang lain bahagia. Hari ini, aku tak tahu adakah orang lain yang dapat tidur dan makan lebih baik dariku. Aku telah menemui kebahagiaan dengan memberi."

Ketika si wanita kaya mendengarkan cerita itu, menangislah dia. Dia memiliki banyak perkara yang dapat dibeli dengan wang namun dia kehilangan sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang.

Sahabat, mulailah memberi kebahagiaan kepada orang lain walaupun sekecil apapun , dan rasakanlah keajaiban sensasi kebahagiaan yang akan timbul di dalam hati anda.

0 comments: