Ada masanya ketika membuat sesuatu tugasan, anda perlu menyalin dan menampal maklumat yang anda kehendaki. Justeru, berkemungkinan browser Firefox dan Microsoft Word saling diperlukan sepanjang proses itu dilakukan. Anda terpaksa bertukar-tukar antara kedua² tetingkap tersebut.
Sebenarnya anda boleh memaparkan kedua² tingkap tersebut serentak dengan mengecilkan saiznya. Caranya mudah sahaja.
- Klik kanan pada ruang kosong di task bar.
- Kemudian anda pilih Tile Windows Vertically.
- Siap. Tetingkap anda sudah dipaparkan kesemuanya.
Alhamdulillah.... Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment