Friday, March 20, 2009

Astro Rugi RM529 juta!

astro1

Aku macam tak percaya bila Astro mengumumkan kerugian selepas cukai yang dialaminya sebanyak RM529 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2009 berbanding kerugian RM6 juta sebelumnya.

Wuiyyyooo, lain macam punya rugi nih, dekat setengah billion, banyak tu!!!

Semua tu gara-gara kos penamatan perkhidmatan penyiaran di Indonesia pada tahun lalu

No wonder banyak kengkawan aku kat Astro tu dah mula kena tamat kontraklah, kontrak tak re-newlah, itulah, inilah

Actually aku ni ada sikit sentimental value-lah dengan Astro ni, bukan sebab aku baru nak pasang Astro kat rumah, tetapi sebab dulu aku pernah bernaung di bawah ‘payung’ Astro sebenarnya (sebelum dapat keje tetap nie)

So ibarat pepatah, cubit peha kiri, peha kanan pun terasa jugaklah (tapi aku pernah kena cubit lagi teruk, bengkak siot)

Sebenarnya kerugian Astro ini bukan hanya akan memberi kesan kepada syarikat itu sendiri, tetapi juga kepada banyak syarikat produksi tempatan dan bumiputra yang selama ini menjual produk mereka seperti drama dan dokumentari untuk siaran di stesen tv berbayar ini

Bagaimanapun dalam pengumuman prestasi kewangannya baru-baru ini, Astro bernasib baik kerana terdapat peningkatan dalam jumlah pelanggan yang melanggani perkhidmatannya (subscribers) dan ini sekali gus memberi harapan kepada mereka untuk bangkit semula pada tahun mendatang

Kepada kawan-kawan ada di Astro termasuklah yang berada di bawah ‘naungannya’, jangan patah semangat

Inilah peluang terbaik untuk anda membuktikan kepada syarikat yang anda adalah aset berharga yang perlu dikekalkan, dan bukannya daun kering yang tunggu masa untuk gugur ke bumi

Ingatlah pepatah ini, benih yang baik kalau dicampak ke mana pun pasti menjadi pulau!

Tapi kalau memanjang tidur kat kerusi panjang tunggu job, pastu minum berjam bawah pokok, alamat tunggu masa lah tu…

So wake up guys!!!…semangat! semangat!


0 comments: