Friday, March 6, 2009

Post Mortem A. Kugan: Ini betul-betul celaka!

contoh pembedahan post mortem

Penjenayah tetap penjenayah walau apa pun justifikasinya

kalau perlu tembak, tembak! kalau perlu tangkap, tangkap! kalau perlu dakwa, dakwa!

pun begitu ini bukan zaman Hang Tuah di mana darah perlu dibayar darah dengan hanya sekali titah

di zaman ini semua ada peraturannya, semua ada prosedurnya, semua ada kanunnya

tapi tak ada peraturan suspek atau orang kena tuduh (OKT) perlu dipukul sewaktu di soal siasat, paling tidak ada dalam peraturan adalah OKT perlu dibelasah sampai mati dalam lokap

OK fine, bukan senang nak dapat maklumat kalau tanpa kekerasan, tetapi kalau itu argumentnya, kita takde beza dengan ejen perisikan Israel, Mossad dan kita juga takde bezanya dengan tentera Amerika di Penjara Guantanamao yang menyeksa tahanannya untuk mendapat maklumat

kalau kita semua bersetuju bahawa kekerasan perlu dalam usaha untuk mendapatkan maklumat, kenapa kita tidak bentangkan saja rang undang-undang itu di Parlimen bagi membolehkan kaedah tersebut ’dihalalkan’ supaya pihak yang membelasah suspek di lokap tidak dikenakan tindakan undang-undang?

jangan baling batu sembunyi tangan, kalau rasa tindakan membelasah suspek wajar, buat kenyataan secara terbuka dan cadangkan perkara tersebut dengan segera, jangan hanya cakap berkobar-kobar di kedai kopi tapi ia tidak disusuli dengan tindakan yang sewajarnya

aku sangat emosi dan marah hari ini apabila aku dapat tahu punca sebenar kematian mendiang A. Kugan dalam lokap di Balai Polis Subang adalah disebabkan 45 kesan kecederaan akibat hentakan benda tumpul secara berterusan pada beberapa bahagian badan mangsa

Laporan bedah siasat kedua kematian Kugan mendapati yang ia berpunca daripada kecederaan pada tisu otot di samping kecederaan lain termasuk di bahagian hati, buah pinggang, perut, leher, tulang belakang dan bahagian kaki.

Ia dijalankan oleh pakar patologi Dr. Prashant N. Samberkar, dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM).

Ini betul-betul celaka disebabkan kita sebelum ini diberitahu yang kematian Kugan disebabkan oleh paru-paru berair, oh my God!

Maknanya pihak hospital sebelum ini telah menipu hidup-hidup 26 juta rakyat Malaysia, punyalah jauh beza laporan bedah siasat pertama dan bedah siasat kedua

kalau aku Karpal Singh, doktor post-mortem yang pertama inilah yang aku patut CELAKAKAN at the first place

aku tidak pernah menyokong perbuatan jenayah A. Kugan (walaupun dia belum terbukti bersalah oleh mahkamah)

yang pasti aku juga tidak pernah dan tidak akan menyokong perbuatan menipu mereka yang terlibat dalam kes ini

berikan apa saja hujah, kematian Kugan bagi aku tetap satu penganiayaan

bezanya kita tidak terlalu terasa kerana dia bukan adik kita, dia bukan saudara kita dan dia bukan sebangsa dengan kita

cuba kalau yang mati itu Ismail bin Ali, adik kepada Tan Sri Yunus bin Ali, sepupu kepada Tengku Hamid Shah Ibni Tengku Mahmud…dan tentu story ini akan bertukar jalan ceritanya, tak gitu?


0 comments: