Wednesday, August 5, 2009

H1N1 - Langkah Kita Untuk Menghindarinya




  1. Bukti menunjukkan jangkitan manusia ke manusia berpunca daripada cecair pernafasan melalui bersin, percakapan atau batuk. Mereka yang hampir (lebih kurang jarak 1 meter) dari orang yang disyaki mempunyai jangkitan selsema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggeletar, sakit otot dan sebagainya) mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan.
  2. Pakai topeng mulut untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan. Namun, pemakaian topeng yang salah boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan.
  3. Topeng mulut boleh digunakan untuk menutup mulut supaya cecair pernafasan (respitori) tidak disebarkan.

Nasihat Umum

Bagi Mereka Yang Sihat

  1. Kekalkan jarak lebih kurang 1 meter dari mana-mana individu yang mempunyai simptom influenza.
  2. Elakkan dari menyentuh mulut atau hidung
  3. Basuh tangan dengan sabun / pencuci berasaskan alkohol, terutama jika menyentuh mulut dan permukaan yang berpotensi adanya jangkitan
  4. Kurangkan masa berjumpa dengan orang yang kurang sihat
  5. Kurangkan pergi ke tempat-tempat tumpuan ramai.
  6. Tingkatkan pengaliran udara di tempat tinggal anda dengan membuka tingkap
Kalau dapat tanda-tanda seperti gambar di atas,
elok bertaubat cepat-cepat sebelum nyawa dicabut.

Bagi Mereka Yang Mempunyai Tanda-Tanda Influenza

  1. Rehat di rumah jika anda kirang sihat dan ikuti arahan pihak Kesihatan.
  2. Jarakkan diri anda dengan orang lain lebih kurang 1 meter.
  3. Tutup mulut dan hidung jika batuk atau bersin dengan tisu atau sapu tangan untuk mengelakkan semburan cecair respitori. Buang dengan segera selepas digunakan atau basuh dengan secepat mungkin. Basuh tangan dengan segera selepas tersentuh cecair respitori!
  4. Tingkatkan pengaliran udara di tempat tinggal anda dengan membuka tingkap.

Panduan Menggunakan Topeng Mulut

  1. Pakai topeng dengan betul dengan menutup hidung dan mulut. Ketatkan untuk meminimakan ruang antara muka dan topeng.
  2. Elak dari menyentuh topeng muka.
  3. Jika menyentuh topeng, basuh tangan dengan secepat mungkin menggunakan sabun ataupun pencuci berasaskan alkohol.
  4. Ganti topeng mulut dengan yang baru jika ia telah menjadi lembab
  5. Gunakan topeng sekali sahaja. Musnahkan topeng selepas dipakai sekali sahaja.
  6. Jika menggunakan sapu tangan, ia mestilah dibasuh dengan bersih.

0 comments: